Isnin, 29 Disember 2014

Laksa Kerang a.k.a Laksa Singapore

Hai semua!!!

Lamanya tak menulis blog ni da dekat seminggu lebih..Hari ni terasa rehat n ada masa yang terluang yang tidak perlu dibazirkan..Sebab tu nak tulis blog n kongsi resepi baru yang baru I cuba hari ni..

Hari ni nak buat laksa yang sangat
mudah utk dibuat..Pastikan semua bahan ada di dapur jadi tak kelam kelibut dibuatnya

Resepi Laksa Kerang
Bahan bahannya:
1 packet spageti/mihun/mee kuning
* halia
* kunyit
* lengkuas
* bwg merah
* bwg putih
* segenggam udang kering -rendam dulu
* 3batang serai - 2 dikisar n 1 dititik
* 3 biji buah keras
Semua bahan yg bertanda * perlu dikisar
Tauhu puk
Segenggam Daun kesum
1 bunga kantan
11/2 Santan kotak
3cawan air
2 Asam keping
250g Kerang
Fish Ball

Bumbu (Garnishing)
Udang - dicelur
Kerang - dicelur
Sawi/taugeh/kacang panjang - dicelur
Sambal tumis kosong
Atau boleh dimkn dengan kari ayam tanpa Santan
Daun ketumbar atau pudina

Cara caranya:
Panaskan minyak
Tumiskan bahan yg dikisar bersama serai yang dititik
Tumis sehingga sehingga pecah minyak
Masukkan Santan Dan air
Biarkan ia mendidih
Masukkan Asam keping,daun kesom dan bunga kantan
Letakkan garam n perasa
Masukkan kerang dan fish ball
Biarkan mendidih kemudian masukkan tauhu puk
Boleh dimakan bersama mee
Hidang ketika panas

Isnin, 22 Disember 2014

Kek Coklat Moist

Hai semua!!!!

Musim hujan ni selera selalu je melodak nak makan ajer..tak kira masa n tempat perut ni pasti berlagu keroncong..Hujan ni membawa seribu rahmat kepada semua..Masa ni lah kalau sesapa nak cari duit lebih jual goreng pisang depan rumah pun laku.Time hujan ni lah segala mala nak dimakan nya.hihihihohi

Pagi tadi buka fb tgk ramainya kawan kawan post buat roti,kek,lauk pauk..tapi tekak I ni teringin nak makan kek coklat moist..I ni peminat kek coklat ANIS..Memang mantop kek coklat dia ni..cek kat fb mn tahu ada org post resepi kek coklat boleh lah I cuba..Alhamdulillah dapat jugak resepi kek coklat ni..Kalau tengok dari fb ni memang nampak menarik..

Jom ke dapur n cuba buat sendiri kek coklat yang semudah ABC and extra D..hihihihihi

Resepi Kek Coklat Moist

Bahan A
1 cawan serbuk koko
1 cawan minyak
1 cawan susu cair
1/2 susu pekat
1 cawan gula
# Masak atas dapur sampai larut kemudian disejukkan sebentar

Bahan B
11/2 cawan tepung gandum
1 sk baking powder
1 sk soda bikarbonat
# Ayak semua bahan B

Bahan C
3 biji telur diblander

#Masukkan bahan A+B+C kacau sampai sekata tak tidak berketul.
Kukus selama sejam

Bahan D

1/2 cawan serbuk koko
1/2 cawan milo
1/2 cawan susu pekat
2 sk gula
Susu cair ( yang ni bergantung pada tuan badan nak buat cair atau pekat topping tu)
Campurkan semua bahan D ni kemudian letak di kek coklat kemudian tabur chocolate rice

Sabtu, 13 Disember 2014

Tauhu Sumbat Main Place

Hai semua!!

Hari ni nak kongsi tempat tauhu bakar yang sedap di Main Place Mall di USJ 21..Nama tempatnya Paratha Crispy Popiah..Berhadapan dengan kedai kakilima dan diantara fruit licious..Korang kena singgah ke kedai ni..bentuk kedai yang ala ala bamboo n mudah untuk dicari..Harga yang berpatutan..

Menu yang popular di sini ialah signature tauhu sumbat,seaweed Japanese popiah memang kena rasa sebab terasa kesedapan pada tauhu n keranggupan pada sayur yang diguna.Lagi satu diaorang tak kedekut dengan bahan bahan seperti sayuran,kacang,serunding.Yang sedapnya sos pada tauhu sumbat tu..Japanese tu ada rasa kelainan yang diubah dengan meletakkan seaweed dibahagian atas sekali.Didalam Japanese Popiah ni ada banyak bahan macam serunding,sayur,kacang,sos..Arrrrghhh.
Memang mantop rasanya..

Dekat sini pun ada jual nasi ayam tapi I belum pernah mencuba nasi nya..Tapi setiap kali ke sini ada sahaja yang mencuba nasi ayam diaorang..

Sesapa yang belum pernah ke Main Place Mall perlu pergi sebab ni Mall baru n seberang jalan pulak ada One City Mall..

Big Bad Wolf 2014

Hai semua!!

Semua orang sibuk memperkatakan tentang BBW ni, rugi kalau tak pergi macam macam buku boleh dibeli dengan harga yang sangat murah n berpatutan..Kempen BBW ni dibuat 2minggu Dari 5 DEC sampai 16 DEC 2014 do MIECC Serdang.Dan diorang ni buat jualan tanpa had masa siang malam pagi subuh diaorang tetap buka kaunter jualan..

So hari jumaat tu I n famili ni pergilah ke BBW sebab pikir masa ni mesti da tak ramai sangat yang datang lagipun kitaorang datang dalam pukul 10mlm.Tapi jangkaan I memang meleset nak masuk ke MIECC je da kena beratur panjang,kereta banyak,yang jalan kaki lain..Aduhhhh ingatkan da reda lah  demam BBW tapi rupanya tetap panas..

I nak nasihatkan kepada sesiapa yang nak ke sini..Jangan lupa bawa luggage sebab kalau bawa plastic je memang letihlah nak pegang buku yang Berat n banyak.. I bernasib baik bawa stroller so Dina I dukung n buku letak je kat stroller.Senang..

Bila jejak kaki ke dewan MIECC je memang rasa excited sebab anak I lebih dulu berlari nak cari buku bacaan diaorang..Berebut masing masing cari buku..Tujuan datang ke BBW memang nak cara bacaan baru untuk anak anak ni..
Kalau tengok harga n kualiti yang dijual memang tahap gaban.Murahhhh n berbaloi..Mana nak dapat buku yang baik kualitinya n bagus dengan harga RM2 -10.Berbaloi untuk I n famili beli buku dari luar negara dengan harga yang begitu murah..Sesiapa yang datang ke BBW pasti tidak akan kecewa banyak buku yang dijual.

Buku masakan,travelling,buku kanak kanak,fiksyen n non fiksyen,lukisan n macam macam.Ni lah pesta buku yang terbesar n termurah sepanjang tahun..Rugi tau kalau tak pergi ke sini..

Pukul 12 mn kitaorang da rasa letih n rasanya perlu stop dulu membeli n perlu sambung esok hari sebab tak puas mencari buku..Anak anak I bila janji nak datang balik lagi suka diaorang..
Tak rugi pun bawa anak n family ke sini walaupun dina belum tahu membaca tapi dia lebih peka dengan corak,warna yang ada pada buku tersebut..kalau rasa rugi belikan satu je dulu jangan mendesak diaorang untuk membaca..

Rabu, 10 Disember 2014

Roti Manis Berinti Coklat

Hai semua!!!

Cuaca sekarang ni kejap panas kejap hujan buat perut I terasa lapar jer..anak anak pulak cuti sekolah memang macam macam permintaan yang dibuat..Nak kek coklat lah nak icecream lah kalau disuruh bagi senarai yang diaorang nak makan memang tak terlayan..

Rasa macam nak pajak je kedai yang jual makanan yang mengikut selera anak anak ni,senang tak payah masak,tak payah nak menguli semua tu...HIHIHIHIHI kalau lah boleh kan tapi memang tak boleh lah mana ada kedai yang nak buat ikut selera anak anak I ni..Tak mungkin terjadi..So sebagai ibu yang memang dari azali tak tahu nak menguli la ni da tahu sedikit sebanyak bab roti, walaupun ada banyak lagi kekurangannya..Tapi yang penting semua permintaan makanan yang anak ni minta I akan tunaikan janji kenyang.Walaupun tak sesedap mana pun..

Hari ni teringin nak buat roti manis berinti coklat..Haaaa nampak sedap n menarik ada coklat pulak dalam roti..I suka sangat guna resepi dari Kathy Kay ni sangat mudah n tak ada lah banyak barang yang diperlukan..Semuanya bahan asas untuk membuat roti..Kalau sesiapa yang teringin nak buat Roti Sarang Lebah pakai resepi Kathy Kay ni pun da sedap.Tapi kalau nak cuba resepi dari tuan punya asal Roti Sarang Lebah dari Kak Lydia Honey pun boleh..Masing masing ada keistimewaan tersendiri..Resepi coklat ni lak I baru belajar dari kawan Fb Lynn Mut dia ni pun buat roti sedap n bercorak corak n semesti membuat I rasa nak mencuba resepi coklat dia ni..

Jom ke dapur n mulakan adunan

Sumber: Kathy Kay
Resepi: Roti Manis /Roti Cheese/Roti Bijan

Bahan bahannya:
3 1/2 cawan tepung gandum
1 paket yis
4 sdb gula
2 sdb susu pekat
2 sdb planta
1 bj telur

Cara caranya:
Bancuhkan yis dengan air suam sehingga berbuih
Setelah yis berbuih curahkan sedikit demi sedikit ke dalam tepung.
Masukkan semua bahan diatas dan uli sehingga menjadi doh yang lembut
Rehatkan sehingga menjadi double
Bila jadi double tumbukkan dan uli sekali lagi
Bentukkan bulat bulat kecik
[masa ni boleh isi filling coklat kalau taknak letak coklat buat roti biasa je]
bakar api atas bawah suhu 150
Atau sehingga kekuninggan 


Sumber; Lynn mut 
Resepi ; Inti coklat 

2 petak coklat makanan 
1/2 tin susu cair 
1/2 cawan gula 
3sdb tepung jagung
11/2 cawan air

Masak atas api sampai likat 



Selamat Mencuba 
atas bawah at 

Resepi Sambal Totok (Sambal Hijau)

Hai semua!!!!

Macamana hari ni semua sihat,ye lor dengan keadaan cuaca yang tidak menentu ni kesihatan kena jaga jugak.Semalam pergi kedai nampak ubi,terliur pulak nak mkn ubi rebus n dalam kepala  ni memang nak buat sambal totok boleh buat makan sarapan pagi nanti..Pagi tadi rebuslah ubi tunggu punya tunggu kenapa lah ubi ni tak lembut keras semacam je ni.Sebenarnya I memang tak pandai nak pilih ubi kalau nampak ubi jer terus amik xdanya nak tahu elok ke tidak..Tak pasal kena ubah pulak menu sarapan pagi tadi..Jadilah lempeng kosong yang dicecah dengan sambal totok..

Sebenarnya sambal ini I tahu pun dari kakak ipar I.Dia yang buat masa kat rumah I dan sambal ni tersangat mantop n pedas memang sesuai untuk selera jawa.Orang jawa ni kalau tak pedas tak kick..Kenapa dipanggil totok yang tu I tak pasti mungkin sebab dulu tak ada blander n cuma ada lesung batu untuk diketuk sebab tu di panggil totok..cuba sebut betul2 totok totok totok..hihihihi..

Tapi bila peredaran masa berlaku, totok da tak sesuai untuk diletakkan nama komersial so terciptalah nama sambal hijau..Agaknya lah kot sejarahnya itu..I pun tak berapa pasti tapi yang pasti sambal ni memang sedap,sentap,pedas n terbaik..

Jom kita ke dapur n mulakan masak sambal totok..

Sumber : Pn NorAzlinda Harun
Resepi: Sambal Totok

Bahan bahannya:

1 genggam cili api ( kalau nak pakai cili api kg lagi menangis)*
3 biji bawang merah *
5-6  biji bawang putih*
Sedikit belacan*
Ikan bilis
Asam jawa
Garam
Gula
Kiub ikan bilis
2 biji bawang merah dihiris

Cara caranya:
Goreng ikan bilis kemudian ketepikan
Blander kesemua bahan yang bertanda *
Tumiskan hingga naik minyak
Letakkan air asam jawa,garam,gula n pati ikan bilis
Bila da pekat sikit masukkan 2 biji bawang merah yang dihiris
Biarkan sebentar hingga layu sikit
Angkat n taburkan ikan bilis goreng

Siap untuk dimakan n sediakan air yang secukupnya..Ia pasti membuatkan anda rasa mengalir air mata..

Selamat mencuba resepi jawa ni...

Isnin, 8 Disember 2014

Tekanan Baru Bermula

Assalamualaikum semua..

Pejam celik da nak masuk tahun baru rasanya baru semalam berpindah balik dari Vietnam ke Malaysia..Emmm terasa indah tinggal di Vietnam tapi apa kan daya cuma sekejap sahaja disana..Tahun baru ni boleh lah sambut di negara sendiri..Terasa sekejap jugak bila anak anak da mula menjejakkan kaki ke sekolah yang sebenar..Kalau dulu anak anak cuma bersekolah 2-3jam sehari tetapi tahun depan anak anak akan ke sekolah selama 8jam( ni yang masuk ke sekolah rendah n sekolah agama).Terasa lama n pasti terasa sunyi tanpa anak anak riang di rumah..
Bermulalah langkah baru n strategi yang baru untuk anak anak ini melangkah ke alam persekolah yang lebih teratur n membentuk diri lebih berdisplin.Mulanya rasa seperti tidak percaya anak anak akan ke sekolah sebab perasan nya anak ni masih kecik n perlu dipinpim ke mana sahaja..Terasa takut,sedih,n pastinya gembira bila anak yang kita jaga akan dilepaskan untuk belajar berdikari,cara memimpin n membentuk peribadi yang baik..Banyak kali I tanya dengan anak anak ni tahu ke kenapa perlu ke sekolah n jawapan yang pasti dari anak I semestinya bermain dengan kawan baru,main mainan baru,tunjuk beg baru,stationary baru..semua baru..Itulah yang ada dalam kotak pemikiran diaorang..
Tapi I tak boleh nak marahkan diaorang sebab di Vietnam anak anak bersekolah di international school n untuk umur seperti mereka memang anak anak tidak diajar untuk belajar tetapi diajar untuk menampilkan diri,menonjolkan diri dari seorang yang malu kepada lebih berani,mencipta sesuatu yang kreatif n belajar berkomunikasi dengan pelajar lain walaupun ia cuma percakapan itik n ayam ( bila malaysia bertemu korea ) mulalah seisi macam tu..hihihihihi..
Tapi di Malaysia anak anak sudah diberi latihan,spelling,ejaan n homework...ada bagus n tidak nya disini dan I bukan cakap tak bagus atau kacang lupakan kulit sehingga terlupa dulu pun I mengalami situasi yang sama..Masa tadika kena belajar mengeja kena kenal abjad n nombor..Bayangkanlah dari umur 5thn I da kenal belajar semua bila tak tahu akan ada perbezaan kelas semasa persekolahan yang sebenar nanti..Ini mungkin akan membuat tekanan kepada anak anak n belum lagi dengar bingkisan hati dari ibu n abah..Ibu bapa mana yang tidak mahu anak anak berjaya tapi jangan sampai anak anak ni terasa boring n kecewa untuk ke sekolah..Dan lebih memeranjatkan  umur 7tahun da belajar Sains..I tahu pun masa pendaftaran persekolahan anak I.Terkejut n terkedu sekejap kenapa umur sebesar jagung ni perlu belajar Sains bukan ke tu mata pelajaran Menengah..Teruknya I tak tahu semua ni..Malunya....Sebagai seorang ibu I kena tahu apa yang anak I akan belajar sebab I pun tak nak tertinggal apa apa yang penting untuk anak I..Anak anak ni akan diberi tuisyen SAINS,MATH..Terbeliak lagi mata ni..Perlu ke darjah satu pergi tuisyen..Boleh bawa ke???Bl masa I nak bergurau dengan diaorang n sapa yang nak buat bising kat rumah ni.Kenapa anak anak I ni cepat betul membesar..Terasa nak lambatkan pengakhiran tahun 2014 ni..I akan rindu saat diaorang ni buat bising,terjerit jerit n bergaduh di rumah.Rasa kesian dengan anak zaman sekarang banyaknya yang diaorang perlu lalui n I harap anak anak ni lebih bersikap positif.Bukan mudah nak mengajar anak anak ni sebab anak I jenis aktif.I harap semoga semuanya dipermudahkan..
Ibu ibu diluar sana pun kena belajar cara nak tackle balik anak anak ni supaya tak rasa tertekan semasa belajar n ni lebih kepada diri I untuk lebih positif mengajar anak yang aktif.Zaman sekarang corak pembelajaran banyak perbezaan n sebagai parent jangan terlalu memberi tekanan dalam akademik tapi selitkan jugak cara didikan agama yang berterusan.

Khamis, 4 Disember 2014

Ragam anak yang Manja

Hai Semua!!!



Pernah tak sesapa diantara ibu ibu diluar sana menghadapi situasi macam I ni..Anak dara I ni jenis manja yang amat n susah nak letak kat bawah..Nak bagi duduk pun susah..Dulu I ingat mungkin dia jenis penakut tak boleh tinggal seorang tapi bila ada abang dia pun Dina tetap tak nak berenggang tetap nak berdukung.Sesiapa yang pernah mengalaminya mungkin tahu macamana situasi I ..Dulu I memang teringin nak ada anak perempuan rasa macam nak tatang minyak yang penuh,taknak dia bagi manja dengan orang lain..Biar semua I yang uruskan dari A to Z tapi bila macam ni I rasa nak letak dia kat nursery biar dia campur dengan orang lain..Bukan maksud I tak sayang kan dia tapi letihnya..Tangan ni rasa nak patah tapi nasib baik tak patah lagi cuma perasaan letih yang melampau..Tangan kiri I memang secara automatik akan dukung Dina tiap kali dia nangis,tangan kanan pula sibuk nak mengemas,memasak menyidai baju...Haaaaaah jangan tak percaya I boleh buat semua tu dengan satu tangan n sebelah lagi mendukung DINA...Kalau tak diangkat nak tahu apa Dina buat dia akan gigit kaki I n bila kaki da kena gigit mestilah ibu takut kena gigit lagi kan so terpaksa dukung jugak si kenit ni kemana sajer.Terasa nak amik maid tapi bila pikir nanti kasih sayang anak anak berkurangan niat hati tu terkubur disitu saje..Ada bagus jugak dapat macam ni sebab badan leh kurus ni pun kira exercise jugak...Hihihihihi
Ye lor time haiqal naufal I sibuk bekerja tup tup anak da besar so mungkin ni balasan yang I dapat.Seronok jaga anak anak ni,walau diaorang nangis,bising,bergaduh sesama sendiri tapi tu lah suasana yang tak boleh dilupakan.Pernah bertanya pada husband boleh ke anak anak kita ni menjaga kita bila da tua..Sebab masa I kerja sebagai Nurse macam macam ragam yang dapat tengok.Tinggalkan ibu ayah di hospital macam wad tu tempat kebajikan,ni semua pengalaman bukan semua anak yang macam tu,ada jugak yang take care tapi cuma hantar pamper n biskut kering kemudian cuci beraak ibu di biarkan nurse yang buat,bila disuruh belajar tukar pamper alasan yang kerap diberi saya tak tahu nak buat lagi pun pamper tu saiz besar.Sesapa yang jadi nurse da tahu pun jawapan nya tapi bila korang lihat muka si ibu diaorang mesti nangis sambil ketap bibir.I tak tipu ni semua pengalaman,terasa nak peluk makcik tu tapi apakan daya.Macam macam sekarang ni time ibu n ayah hidup lah kita balas jasa mereka tanpa mereka siapa lah kita.Apa pun kita sebagai ibu akan melakukan yng terbaik untuk anak tapi mengira penat lelah..Dan sebagai ibu doakan yang baik untuk mereka..Untuk anak I yang Dina ni I harap dia lepas ni lebih berani n tak kuat menangis,sebab ibu pun da terasa tua untuk berkejar kejaran dengan rutin harian.


Wasalam..Love u mak n ayah...n my husband too 



D Hotel di Sri Iskandar Perak

Hai semua!!

Bulan lepas I n famili ada ke Sri Iskandar Teronoh,Perak..Biasanya kitaorang ni kalau nak pergi ke
Sri Iskandar mesti kena stay kat Ipoh sebab kat Sri Iskandar takda hotel.Dan bayangkan Teronoh dengan Ipoh kan masa 45min ke sejam..Kesian kat husband kalau ada kerja di Teronoh terpaksa berulang alik dari Ipoh..Tapi bulan lepas ktorang rasa teruja sangat sebab tak sangka ada hotel yang moden n cantik di Teronoh..Sudahlah cantik banyak pulak kemudahannya..Ok hotel yang I n famili stay ni namanya Dhotel..Walaupun ia jauh dari Ipoh tapi hotel ni tidak kurang hebatnya dengan hotel hotel di Ipoh..Tak percaya...Hotel ni sebumbung dengan Mall..Kalau kat Ipoh glamour ngan Aeon tapi di Teronoh Billion ni da cukup glamour..Hotel ni pun berdekatan dengan kedai kedai makan yang sedoooop n pasaraya yang besar macam Tesco..Hah sesapa yang tak pernah ke Teronoh boleh sendiri tengok perkembangan pesat yang ada kat sana..Di bandar Teronoh ni jugak terdapat universiti popular macam Universiti Teknologi Petronas n UiTM..

Kita bebalik ke cerita Dhotel ni..Nama pun hotel baru memang selesa sangat biliknya,swimming pool yang besar ( untuk anak pun ada yer)..Disebalik hotel yang penuh dengan bilik,bilik mesyuarat, hotel ni jugak tak lupa dengan konsep taman.Walaupun tidak sebesar mana tapi ia cantik n terjaga..
I kalau g mana- mana hotel yang I suka cuba rasa masakan hotel tu..So peluang yang ada ni I cuba rasa sarapan pagi di Dhotel ni..I memang suka sangat konsep diorang ni masakan semua memang nampak kemelayuan..Pagi pagi da disajikan dengan jemput jemput udang yang panas..Memang berebut orang siap beratur nak rasa jemput jemput udang n memang terbaik layanan diorang..
Lepas makan apa lagi kita swimming la sama dengan anak anak..Swimming pool diorang ala ala hotel Marine Bay Hotel di Singapore tu..Hihihihihjhi...Cuma pemandangan kat bawah tu bukan laut tapi kedai langsir...tapi not bad kalau ia di teronoh tetap nampak cantik..
Kalau korang boring boleh je g Mall sebelah n kalau tak silap ada transit terus ke Mall..Depan Dhotel ni da macam Nilai3 banyak kedai langsir..tapi mungkin tak sehebat Nilai3.Nak ke Tesco pun dekat jer dari hotel ni..Kalau rasa nak ke sini n takut tersesat I nak bgtau uollls akan nampak Mcdonald Sri Iskandar kemudian belok ke kiri n cari Billion Mall di situ korang akan jumpa dhotel...
Selamat bercuti n I harap ni dapat membantu uolls untuk mencuba sesuatu yang baru...I bg sikit picture dhotel untuk tatapan uolllsss

Rabu, 3 Disember 2014

Resepi Sup Wantan Berenti Daging

Hai semua!~~~
Sudah siap makan tengahhari lum?Masak apa hari khamis yg sejuk belaka ni..hihihihi..Ye lor musim cuti sekolah n musim hujan adakalanya malas nak masak rasa nak relax je sebab anak2  cuti ibu2 pun patutnya ada cuti rehat jgk..Tapi itu semua tak mungkin berlaku,kalau berlaku pun cuma rehat 2 3 jam jer lepas tu kena terusk
an rutin harian..
Hari ni nak kongsi resepi yang senang tapi susah nak cari..Macam suspen jer...Sebenarnya nak cari kulit Wantan jer pergi ke Hero takda pergi Giant pun takda(sebenarnya ada tapi tak nampak)Hihihihihi..Akhirnya dapat kulit Wantan kat Giant depan rumah jer..Nanti I tunjuk picture Wantan..
Hari ni kita belajar membunjut..Hihihihihi

Bahan bahan nya:
Untuk Wantan:
Beberapa keping kulit Wantan
Daging cincang # ( nak letak udang/ isi ayam pun boleh )
Lada sulah #
Sedikit garam #
(Semua yang bertanda # perlu ditumbuk lumat)

Untuk Sup:
Bawang Merah
Bawang Putih
Sedikit Halia
1 Sup Bunjut
1 Kuib Ikan bilis
Sedikit Garam
Daun Ketumbar /Daun Sup
Bawang Goreng

Cara caranya:
Isikan kulit Wantan dengan isi daging yg telah ditumbuk
Kemudian buat bentuk bunjut ( tak perlu gunakan telur untuk lekatkan cuma sedikit air)
Ketepikan Wantan
Tumbuk bwg putih,merah dan halia
Masukkan dalam periuk (tak perlu guna minyak)
Letakkan kuib ikanbilis,sup bunjut
Masukkan air dalam 4cawan n merenehkan sekejap
Letak garam
Masukkan Wantan
Letak daun sup n bawang goreng
Sedia untuk dinikmati bersama nasi panas..
Sluuuurrrrppp....

Selasa, 2 Disember 2014

Resepi Fucuk Goreng Berinti Ayam

Salam semua,sihat..

Tiap hari bandar Shah Alam ni hujan tak kira masa.Kesihatan pulak perlu dijaga bukan diri kt saja tau ibu2 sekalian tapi diri orang yang kita sayang..Barulah hati rasa tenang dan bersyukur dapat merasai kehidupan harian yang lebih baik..
Hari ni masak apa ek n ada resepi yang kita boleh kongsi tak?
Hari ni I masak simple tapi sedap n perut kenyang hati girang..
Pernah dengar Fucuk Goreng Berintikan Ayam..Haaah hari ni I nak kongsikan satu lagi resepi dari sahabat Fb kak Yati Mohd..Uooollls kalau tengkok fb dia ni jer da terliur nak makan sama ngan famili dia..hihihihi..
Jom kita ke dapur n mulakan memasak..

Bahan bahannya:
Fucuk dipotong 5-7bhg
Soohun (yg ni I tambah sendiri)
Isi Ayam
Lada sulah
Garam
Cili api

Cara caranya:
Isi ayam ditumbuk sehingga lumut
Campurkan garam sedikit n lada sulah,kemudian tumbuk lagi
Ketepikan bahan tersebut
Rendam soohun ( optional )
Rendamkan fucuk kemudian dipotong 5-7bhg
Lapkan fucuk tersebut dengan kain atau tisu
Ambil isi ayam yang telah ditumbuk n letakkan sedikit di atas fucuk
Ambil soohun n cili api letak bersama2 ayam td.
Kemudian balut fucuk
Panaskan api n goreng fucuk tersebut

Sedia untuk dimakan dengan nasi panas..Auuummm

Khamis, 20 November 2014

Kek Coklat Simple

Hai semua

Dah mula cuti sekolah akhir tahun,gembira lah anak2 ni..
Mulalah sibuk buat bising kat uma,terjerit jerit la ibu ni nak layan 3orang anak..Memang biasa pun berlaku..Hihihihihi..Anak kalau ada kat uma macam2 diorang akan request suruh masak itu ini..Hari ni da dapat order dari opal suruh buat kek coklat.Macam2 je opal ni klu bab order bg je kat dia.
Buka fb ada pulak resepi kek coklat semudah ABC..Jom kita try buat,tak perlu susah payah lagi nak beli kat luar.

Sumber: Emma Zainin
Kek Coklat Simple

Bahan bahan nya
1 cawan tepung gandum
1/2 cawan air
1/2 cawan minyak
1/2 cawan gula
1/2 cawan susu pekat
1 sdk soda bicarbonat
3 sdb koko
1 biji telur

Cara caranya:
Blenderkan kesemua bahan sehingga sebati
Pastikan semua hancur ye
Tuang dalam paper cup
Kukus diantara 15 - 20 min
Siap untuk dimakan bersama famili..

Mudah kan sekarang ni blender bukan nk kisar lada tapi tepung pun da boleh..

Isnin, 17 November 2014

Resepi Sotong Goreng Tepung

Hai Semua!

Kekadang jadi surirumah sampai ada satu ketika tak tahu nak masak apa..Penat memikirkan lauk apa yg perlu dimasak n diorang ni nak ke tak kalau I masak macam ni atau macam tu..Arggggh..leceh betul nak pikir hari2 macam ni..

Semalam ke kedai ada beli sotong,rasanya macam nak masak paprik tapi budak2 tak suka pulak..last baru teringat haiqal ada bagitahu nak makan sotong goreng..Oklah bolehlah start masak n kumpulkan star ari ni..

Resepi Sotong Goreng Tepung
Bahan bahannya:
Sotong secukupnya
1 cawan tepung gandum
1 sudu kecil baking powder
1 biji telur
Garam
Lada sulah
Rempah kari ( optional )

Cara caranya:
Cuci sotong n potong kecil.ketepikan
Gaulkan sotong dengan garam dan lada sulah
Campurkan pada tepung + baking powder
Pecahkan sebiji telur n gaulkan rata..
Goreng diatas kuali n selamat menjamu selera..
Puas makan tak perlu nak berkira2 makan sampai puas..
Buat sendiri lagi sedap kalau beli biasanya banyak tepung dari sotong

Berhenti kerja Nurse...

Hai!!!

Kekadang rasa macam malas nak jawab soalan dari kawan kawan yang bertanya kenapa berhenti kerja,tak sayang ke kerja ngan kerajaan,da pikir panjang ke nak buat semua keputusan,n yang dahsyatnya ada yang tanya boleh ke husband u tanggung semua ni..Aduh letihlah nak jawab nak bagi kesimpulan n keterangan pada orang2 yang selalu memikirkan tentang diri I ni..Nampak macam glamour je kan...hahaha

InshaAllah rezeki tu ada dimana mana tapi perlu diusahakan dan sentiasa berdoa..I buat keputusan nak berhenti bukan sehari dua tapi dekat setahun setengah.Yang selalu buat I terfikir  bukan pikir suami I mampu ke bayar ni bayar tu tapi I hanya pikir apa yang orang akan cakap n apa yang orang akan pandang I lepas I buat keputusan berhenti kerja n ada tak orang akan berkawan dengan seorang suri rumah.

Siapa yang tak sayangkan kerja yang tentunya terjamin hingga ke tua siap dapat pencen semua tu..Sebelum nak berhenti ni pun I minta izin dengan ibu I terlebih dahulu sbb ibu I yang nak sangat salah seorang anaknya berkerja dengan kerajaan.Selepas perbincangan ibu I cuma cakap tanggungjawab seorang ibu untuk menjaga anak habis bila seorang anaknya bergelar isteri n selebihnya ia tanggungjawab seorang suami.Masa tu rasa sedih n terfikir adakah I ni da lupakan hati seorang ibu?

Tapi bila usrah bersama suami n mendengar pendapat ibu keputusan berhenti telah dibuat..I perlu fikirkan anak2 n husband.Kerja l sebagai Nurse memang bukan satu yang mudah.Terutamanya nak uruskan masa dengan anak2 n husband..I ada 3 shift pg,petang n malam..1 minggu akan rasa 2 shift pagi n petang dan 2 minggu sekali akan rasa shift malam.

Cuti sbg seorang Nurse bukannya mudah n perlu toleransi dari pihak ketua n kekawan sendiri..Sekiranya I n kawan I nak cuti hari yang sama kitorang akan susahati sapa yang dpt cuti tu.Kalau ada yg pandai bodek mugkin dapat tp kalau jenis mcm I ikut jer arahan mmg susah lah..
Lagi satu yang selalu I rasa kurang bertanggungjawab menjadi seorang ibu bila anak sakit n tanggungjawab tu ayg serahkan pada husband I n I perlu ke kerja untuk menjaga pesakit di wad.Kekadang tanggungjawab tu I serahkan pada maid sebab I kena kerja n susah nak amik EL sbb staff yang x ramai..Nurse jugak bukan mudah nak amik cuti sabtu ahad.That's Imposibble..

Jangan mimpi setiap hujung minggu boleh duduk santai sama2 ngan orang yang tersayang.Bl I Amik cuti tanpa gaji suami bersuara suruh berhenti sbb anak nak membesar n perlukan perhatian yang lebih dari seorang ibu bukan dari seorang maid.I tulis ni bukan sebab I da boring atau bosan dengan kerja Nurse tapi I rasa pilihan yang I buat sekarang ni inshallah akan membuahkan hasil..Mungkin bukan dari segi wang ringgit tapi dari segi kasih sayang kami sekeluarga..InshaAllah sekiranya diberi peluang I tetap akan berkerja sebagai Nurse walaupun bukan untuk pesakit diluar sana tetapi didalam keluarga sendiri.

Ini semua pengalaman sebagai Nurse jangan pulak ada yang takut untuk menjadi Nurse atau terasa beban bila dijodohkan dengan Nurse..
Nurse satu kerja yang mulia n satu kerja yang tiap2 hari menambah ilmu pengetahuan n boleh mengajar seseorang lebih sabar n redha.

Tahniah pada semua warga KKM yang bekerja keras dalam membantu mangsa banjir di Kelantan..

Ahad, 16 November 2014

Resepi Apam Beras

Hai semua..

Tengahari tadi anak I da sibuk suruh buat apam beras..tapi dia tak panggil apam beras tapi kuih green n red, penat memikir kuih apa yang I da buat sebelum ni kaler green n red..Akhir sekali baru teringat I ada buat kuih Apam Beras minggu lepas..Diaorang sibuk suruh buat sebab nak bawa pergi sekolah leh jamu dekat kawan-kawan..Yelah ibu buat kan untuk anak-anak ibu ni..
Kali ni I buat apam kurangkan sikit airnya ..Sebelum ni terlebih air sampai lembik sikit apam tu..Anak2 ni kalau masakan yang I buat sedap n menepati selera diorang,anak2 I akan bagi Star kat I..kalau masakan tu kurang sedap I akan dapat Star yang paling sikit..hari ni jer I da dapat 100 star dari haiqal n naufal..paling sikit pun yang I pernah dapat 3star..itu pun lepas I merujuk sikit ngan diorang ni..budak2 tak pandai cakap bohong..hihihihi

So hari2 I memang nak kumpul star dari anak2,ni lah masa nak bermanja dengan anak2..bermulalah macam2 resepi untuk memikat hati anak supaya makan n tak boring dengan masakan yang sama..Bukan tak nak memikat hati suami tapi suami I suka makan makanan yang simple n mudah.

Ok jom kita ke dapur n mulakan mengumpul star dari anak2 n husband..

Resepi Apam Beras
Bahan bahan nya:
2 cawan nasi
2 cawan air
2 cawan tepung gandum
2 cawan tepung beras
1 cawan gula
1paket yis

Cara membuatnya:
Kisarkan nasi + air + gula sampai hancur
Tuang dalam bekas
Campurkan tepung gandum + tepung beras + yis
Uli dengan tangan atau guna whisky sampai semuanya sebati ( boleh tambah air sedikit sekiranya nmpk kering)
Biarkan dalam sejam untuk tepung itu naik berganda
Kacau kan tepung itu untuk lebih sebati
Letakkan warna kesukaan anak2 ( ikut pilihan hati )
Oleskan atau sapukan majerin / butter keatas loyang atau acuan untuk mengelakkan apam dari melekat pada acuan
Kukus apam dalam masa 10-15 min atau sehingga masak
Balut penutup kukus dengan kain
Keluarkan apam dari pengukus n biarkan sebentar
Kemudian baru keluarkan apam n saji untuk dimakan




Sabtu, 15 November 2014

Pengalaman Mengandung Di Vietnam

Hai semua!!!!
Alangkah bahagianya bl seseorang tu dpt tau mengandung..Best kan rasa mcm xleh nak ckp perasaan tu..rasanya mana2 ibu ada perasaan mcm tu..Lagi2 bl usia da masuk 30an mengandung pulak tu rasa seronok,tak percaya n ARRRRRGH!!!! Dunia ni 'ANA' yang punya!!!Sorry kalau ter'over' tp tu lah kenyataannya...I mmg teringin nak baby girl..
Alhamdulillah mengandung di negara 'orang' n dijangkakan girl pulak tu..Memang sesuatu diluar jangkaan.Bermulalah satu lagi pengalaman baru dalam hidup I..
Dari mengandung,bersalin n berpantang disana..Cukup2 indah n terseksa bl mengandung di tempat org..Tang indahnya mengandung kat Vietnam ni layanan mcm puteri pergilah mn2 pun mcm pasaraya atau Mall diorang akan bg I jalan dulu,bg tempat duduk,Klu blh jln tu nak dibesarkan tok I lalu,baju Preggy kat sini cantik2 n seksi,baju baby jangan tanya memang cantik2 pergi je kat Saigon Square macam3 ada Hahahaha..Seronok..
Tapi tang seksanya bl bab mengidam..Aduhhh sakitnya bl ada benda yg teringin sgt nak mkn tapi kat Vietnam xda.Contoh I bg Apam balik,jeruk asam,asam pedas pak ali..semua takda terasa nak menangis,meraung,n menjerit..Streeees masa tu rasa nak beli tiket flight balik Malaysia masa tu jgk..Masa I mengandung 7bln ms tu puasa wahhh byknya kwn2 letak picture kuih muih yg sedap2,pergi bazar ramadhan lps tu korang post pulak kat fb..I ni tgk n uwaaaaah..Sedey Uhuk..
pernah cuba buat Apam balik sendiri tapi x jadi yg jadi lempeng..Husband balik kerja cuma tau gelak jer..Uwaaaaah..
Bab kata ibu ku 'hujan batu dinegara orang lebih baik dinegara sendiri' (betul kan peribahasa ni)Dulu I tertanya2 kat best sekali sekala rasa hujan kat tempat lain rupanya hihihihu..Terseksa.. Hihihihih
Bab berpantang ni I memang xberapa pandai sangat cuma tau jgn mkn pedas,mknn yg sejuk itu je yg I tau selebihnya I mkn je,yang penting uolls kena urut,tungku,pakai param,pilis.Yang ni semua I masih amalkan..Penting untuk dalaman..
Kepada kawan2 yg mengandung tu jgn sedih2 tak bagus utk bb comel yg keluar nanti..Bab mengidam tu mmg x boleh dipisahkan bg ibu mengandung tapi kalau da xda nak buat mcmn..pikir mungkin tu bukan rezeki kita nak mkn ms mengandung tapi lepas mengandung dapat jumpe mknn yg diidamkan tu mkn je lah..
Ok jangan sedey2 untuk ibu mengandung ni..kalau sedey jgk pergi tengok picture baby yg comel mesti hilang rasa sedey tu..

Tip untuk surirumah kurus

Hai semua!!

Bukan mudah ye nak dapatkan balik berat badan yang ideal seperti sebelum kahwin..memang susah kalau dulu I sibuk nak menggemukkan badan sebab malu terlalu kurus la ni berlaku sebaliknya..Nak beli baju yang kita suka pun kena pikir 3 4 kali sebab berat badan da naik..Masa mula2 jadi housewife ni berat badan I naik mendadak dari paras yang ideal ke overweight nasib baik tak sempat jejak ke obesity lagi..Mana taknya tak da kerja nak buat takda masa yang nak dikejar,tak macam dulu nak makan pun kena pikir patient,medication,intervention..Semua berubah bila da gelar housewife..Berat badan naik,dagu berlapik macam 14 tingkat..Malu sangat...Tapi bila difikirkan balik salah diri sendiri ialah sedap bebenor duduk umah tak buat sebarang aktiviti sihat..Bila da gemuk baru nak malu..So hari ni I nak kongsi sikit macamana I leh kurus balik dari overweight ke ideal semula..Tips I ni tak memerlukan pengeluaran duit yang banyak cuma perlu masa untuk kembali asal..

1..Air Putih
Ramai yang tahu kan air putih takda sebarang kalori n perlu diambil sebanyak 2-3liter sehari..selain tu eye bag kat bwh mata tu boleh hilang.kulit pun cantik tak nampak kering.

2..Air Detox/ Green Tea
Yang ni I suka sebab dapat bantu membersihkan usus I..Yang suka sembelit memang patut cuba..Kalau tak suka green tea buatlah detox campur lah lemon ngan serai ke..atau lemon + oren,strawberi + kiwi..ikut korang bab detox ni..

3..Aktiviti
Bab aktiviti rumah ni surirumah memang terror buat..Menyapu,mengemop,cuci toilet semua tu dapat mengeluarkan peluh..Sah2 lah banyak peluh yang keluar..

4..Buah Buahan
Banyakkan ambil buah yang tinggi zat besi n fiber..

5..Diet Atkien
Diet ni mudah jer boleh dibuat semua benda yang berprotein n berfiber boleh dimakan..Tapi semua jenis karbohidrat memang tidak dibenarkan..I nak nasihat sesiapa yang menyusukan bayi lebih baik jangan buat..

6..Senaman
Buatlah senaman macam lari setempat,star jump,ataupun berjalan kaki..semua ni untuk jantung kita jgk..

7..Puasa
Puasa ni mmg terbukti keberkesanannya.Selain mendapat pahala dapat jugak kurangkan makan..seminggu buat 2kali kalau terasa berat seminggu sekali.

8.. Pakaian
Kenalah pandai dalam memilih corak n warna baju,bg menampakkan diri kurus tapi bukan menjolok mata..no no no...

9.. Supplement
Yang berduit lebih sikit tu cubalah produk Supplement yang boleh membantu dalam penurunan berat badan macam Shaklee,L Armor,Garcenia Bunner.

10..Korset
Dengan korset ni pun dapat membantu menyembunyikan lemak kat badan n dapat mengurangkan selera makan

I pun masih lagi dalam proses menguruskan berat badan n ini hanya panduan untuk surirumah macam I untuk kurus tanpa mengeluarkan duit yang banyak..

Isnin, 10 November 2014

Roti Perancis yang sedop

Hai semua!!!!

Petang2 mcm ni tak tau nak buat minum petang apa..
Sblm ni ada kat fb tgk ada org post Roti Perancis ...Wow terasa mcm nak buat..Jadi pergilah bakeri tghari td beli brg2 yg diperlukan..
I ni x pandai n coleteh sgt jd kt terus ke dapur n terus kan menguli adunan

Bahan bahan nya:
750 tepung roti / high protein

2sdb gula

8gram bread improver ( Tp I x letak pun)

11 gram yis

2sdt shortening

Sedikit garam

Air suam

Cara caranya:
Yis + gula dicampurkan ngan air suam smpy berbuih
Letakkn tepung n campurkan yis yg telah berbuih tu ke dlm bekas
Uli2 sikit letakkan shortening n garam
Letakkan air secara perlahan2 jgn terlalu lembik
Uli sehingga menjadi doh
Bentuk kan doh td mjd roti perancis n biarkan sejam
Bakar dlm oven dgn suhu 200degree atau sehingga kekuningan

Dan ini lah hasil dari dapur yuri.Dimakan bersama sup ayam..tapi sebenarnya sedap dimakan ngan beefsteak atau sup merah

Selamat mencuba resepi ni 

Rabu, 5 November 2014

Spring Roll Vietnam

Assalamualaikum n selamat pagi semua..

Awal pagi nie mmg pening nk pikir nk bt sarapan utk suami n anak2..
So pg td terasa pulak nak mkn Spring Roll Vietnam..Sebenarnya da lama nak buat tp rice paper kat uma I da abis stok..Mgu lps pegi HERO MARKET terpandang rice paper  terus I grab..Hihihihihi

Ok jom kt buat Spring Roll Vietnam

Bahan bahan nya:
Rice paper
Sedikit Hirisan Lobak Merah - dicelur
Sedikit Mihun - dicelur
Salad
Daun pudina
Isi Ayam yg telah digoreng (nak guna udang pun leh tp telur dl atau scramble egg pun leh)
Sos Thai
Kacang tumbuk ( optional)

Cara caranya :
Letakkan rice paper di atas pinggan yg berisi air.tekan2 sikit rice paper tp jgn smpy lembik sgt.
Angkat dan letak di pinggan biasa n isikan salad,mihun,Lobak,daun pudina,isi ayam.kemudian balut mcm nk buat popia biasa..
Kemudian mkn bersama Sos Thai n taburkan kacang tumbuk

Ni picture yg boleh dibuat rujukan..Hihihihihi...

Selasa, 4 November 2014

Roti Rehat 8jam

Hai semua!!
Nak kongsi resepi dari fb kak Kathy Kay..cara dia buat roti sgt mudah tak perlu nak uli berbagai cuma tgu doh naik sndri..Tapi kali ni doh nyer makan ms 8 jam sbb guna yis yg sikit..So klu ada yg nak membuat I cadangkan bt mlm sblm tito n bakar pagi esoknya..Tapi klu nk buat mkn ptg sediakan adunannya belah pg..
I buat 2 jenis satu I buat roti sandwich n satu lagi I letak hot dog tok ank2..

Bahan bahan nya:
1/2 sdt yis
4 cwn tepung gandum/ high protein
2 cwn air biasa
1 sdb planta/shortening
4 sdb gula
1/2 sdt garam

Cara caranya:
Masukkan tepung,shortening,gula,yis ke dalam bekas
Kacau bersama whisky sehingga sebati
Tuangkan air secara perlahan2 bersama garam
Gunakan blkg sudip kayu sbb ms ni aduan da lembik
Gaul smpy ia sebati
Tutupkan dgn plastik
Selepas 8jam aduan akan naik berdouble
Gunakan spatula lembut n kaut secara perlahan n letak dlm bekas
Bakar kan dlm suhu 170-200 degree
Atau sehingga warna kekuningan

*Klu nak isi dalam cup letakkan adunan separuh sahaja

Dan ini hasilnya

Ahad, 2 November 2014

Pizza membuka selera

Hai semua!!!

Time cuti hujung minggu ni rasanya macam2 nk buat..Nak makan ni nak mkn tu tp rasa malas nak g kedai nak kuar uma pun MALAS..
Hihihihihi..Jgn malas sgt nnti kelaparan pulak..Cek kat peti ais ada pulak bahan nak buat Pizza..Jadi apa lagi jom ke dapur n mulakan aktiviti membakar pizza..

Bahan utk roti :
3 cawan tepung gandum
2 sdt gula
2 sdt yis
1 cawan air suam
1/4 minyak
Sedikit garam

Topping Pizza :
Sos Prego ikut selera masing2
Sedikit rempah kari (optional)
Bawang Holand ( dipotong dadu)
Cendawan dihiris
Isi ayam
Hot dog dihiris
Hirisan lada benggala
Lada sulah
Serbuk oregano
Keju parmesan ( keju chesdale pun leh lps tu sagat halus)

Cara caranya :
Satukan yis dan gula dalam air suam sampy ia berbuih..
Letakkan tepung dalam bekas bersama sedikit garam n kacau..
Lubang bhg tengah tepung n camporkan minyak n air suam yg berisi yis n gula td kemudian jdkn ia doh
Biarkan seketika sehingga doh tu naik 2x ganda

Bahagikan doh tersebut menjadi 2 bhg atau bergantung pd oven uolls
Letakkan minyak ke atas dulang pizza tersebut
Bentuk kan pizza menjadi bulat
Tekan sdkt sms bentuk kan pizza tersebut
Amik garfu n cucuk kan pd pizza tersebut utk perudaraan
Letakkan Sos Prego atas pizza n sedikit rempah kari (optional)
Taburkan bawang holland
Susun hot dog,isi ayam,cendawan,lada benggala
Letakkan lada sulah,oregano
Taburkan keju
Bakar kan pizza tersebut ke dlm oven dalam ms 20min suhu 190'

Rabu, 22 Oktober 2014

Brushchetta

Assalamualaikum semua..da sarapan lum?Nak kongsi sikit resepi yg mudah dibuat n menjimatkan masa..I ni kekadang meng malas sgt nk memasak awal pagi ni jadi resepi kali sangat mudah..Ari ni I buat BRUSHCHETTA..Sila lah mencuba..inshallah sedooop!
Ikut selera korang nak letak isi sardin ke tuna ke daging cincang ke..yg penting sedap tau
Bahan yang diperlukan :
French loaf
Daging cincang
2biji bawang putih
Butter
4 keping keju (nanti keju tu diparut)
Sedikit minyak
Caranya yg mudah
Tuangkan sedikit minyak dlm 2 sudu bsr ke kuali n gorengkn beg putih td sehingga kekuningan
Campurkan daging cincang n goreng
Agak2 da msk daging tu angkat..
Ratakan Butter ke atas french loaf
Letakkn daging td ke atas roti
Taburkan keju yg telah diparut
Kemudian bakar dlm oven sehingga warna kekuningan

Isnin, 20 Oktober 2014

Waffle

Hari ni nak kongsi cara - cara  membuat waffle..Sangat mudah n ringkas..I pun tgk kat YouTube..Hahahaha

Ni bahan-bahannya;

2 cawan tepung gandum

2 sudu besar gula

1 sudu kck baking powder

1 sudu kck garam

1 1/2 cawan susuSegar

Sedikit esen vanilla

1 biji telur

Cara membuatnya:

Masukkan tepung,garam,gula dan baking power kemudian letakkan sebiji telur td kedalam tepung.

Tuang susu segar td secara perlahan2..tuangkan esen vanilla ke dlm tepung dan kacau bersama whisky
Kacau smpy ia sebati n likat.Sapukan Butter ke atas waffle maker
Tuangkan tepung ke atas waffle marker..
Jgn terlalu penuh n ratakan.. tunggu dlm 3-5 min n siap..

Kueh Teow Kung Fu Meletop

Hai semua!!!

Da mencuba resepi Daging Satay Goreng I..Harap korang sudi mencuba resepi dari ibu ku..
Hari ni nak kongsi resepi 'Kueh Teow KungFu Meletop'..Resepi yg mudah ringkas n yang penting kenyang... Klu masak n makan tp x kenyang pun pelik jgk kan..Ok resepi kali ni mmg kerap kali I buat sbb selalu dpt request dari husband I..Sbb ia mudah..

Ini Bahannya:
2 biji bawang putih - dihiris
1 biji bawang besar - dihiris
Lada sulah/lada putih ( bergantung klu I ltk sikit sbb anak pun nak mkn jgk)
Cili api (ni pun bergantung pd tuan bdn nak ltk blh xnak pun xpe)
2 sudu besar tepung jagung
Sos tiram
1 kiub ikan bilis
* ayam,udang, sotong ( ikut selera masing2)
Carrot
Sawi
Bunga kobis
Telor (untuk goreng Kueh teow)
Garam

 Cara-cara menggoreng Kueh Teow
Pukulkan telor dan letakkan sedikit garam
Masukkan Kueh Teow bersama telor lalu digorengkan mcm grg telor

Mcm ni tau mcm nak goreng telor

Kuah Kung Fu :
Panaskan minyak n tumiskan bwng putih n merah 
Masukkan ayam n seafood td
Tuangkan air yang telah dibancuh dgn tepung jagung ( ltk lah air jgn sampai pekat sgt tepung tu)
Letakkan sos tiram, kiub ikan bilis 
Letaklah lada sulah (cili api)
Masukkn sayuran yg telah dipotong
Klu tawar letak garam sikit
Ni lah hasil dari 'ber'KungFu di dapor..klu yg xletak lada ms msk tu leh la potong cili api msk nak mkn tu..
Mudah bukan..

Sabtu, 18 Oktober 2014

Daging Satay Goreng

Nak masak apa ek lunch ni? Check kat petiais masih ada lg daging korban..Eeeemm sbenarnye I xtau sgt nak masak masakan berasaskan daging ni..Slps ditenung daging tue terpikir nk bt Daging Satay Goreng..Apa lagi jom ke dapor n mulakan pemerapan daging

Bahan yang diperlukan:
1 sudu kck Ketumbar
1 sudu kck Jintan kasar
1 sudu kckJintan halus
4 bj Bawang Putih
1 bj Bawang Besar
3 bj buah keras
1 batang Serai
Sedikit halia
Sedikit lengkuas
Sedikit kunyit
Segenggam lada kering( bergantung nak pedas ke x)
Sedikit air
SEMUA BAHAN DI ATAS DIKISAR HALUS

Untuk perapan daging :
Gula Melaka ( klu bsr guna separuh jer)
Gula halus ( ni agak2 nak manis ke x)
Sedikit garam
Sedikit serbuk perisa
Selepas siap semua bhn dikisar campurkan dengan daging yg telah dipotong kecik,dan camporkan bahan perapan td..Dan tgu dlm ms 2 jam tok pemerapan tersebut.Tp klu rajin lg korang bt mlm sebelum hari nk msk lg lama perap lg sedap lps tu mskkn dlm petiais (jgn yg freezer lak)
Panaskan api n letakkan minyak kemudian korang goreng daging tu..ms mula2 mmg nmpk berair n api x perlu jg Sgt tp bl air da nak kering api slowkan n rajin2 kacau takut hangoos lak daging tu.letaklah garam n aji.tgu sampy kering and rasanya sedop
Selamat mencuba!!
Mudah je kan.. 

Rabu, 15 Oktober 2014

MeatBall yang mudah dan sedop

Hai semua!!!

Alhamdulillah ketemu lagi hari Khamis yang indah dan Syukur diberi kesihatan yang baik..
Hari ni rasa malas sgt nak memasak n adakala da xtau nak masak apa..Pening bila pikir apa yg nak dijamukan pada famili bl ms makan bersama..Nak pikir lauk anak,lauk suami n nak ikut selera I lagi..Aduh tiap2 hari masalah ni berlaku.. Tapi bl da xda idea tu..Akhirnya call husband bgtau jer nak makan kat luar..Senang n mudah bukan...Tapi x sesuai untuk I n famili,xtaulah mungkin sbb anak2 yg aktif bl keluar makan n baby yg asyik nak menyusu rasa selera tu da tertutup n akhirnya semua makanan dibungkus n mkn kat rumah lg 'Best' n tak pun husband I yg tolong makankan....hihihihiji

Ok lah I x perlu citer panjang jom I ada benda nak kongsi ngn U all's..Resepi yang mudah dan resepi n boleh dipelbagaikan dalam apa jua masakan iaitu  'MEATBALL'...
Ala xperlu nak tunggu makan ngn Spageti baru nak guna meatball..Macam2 boleh dibuat..ni contoh yg biasa I masak ngn meatball ni mcm bt Bakso,mihun groreng(gunting sikit klu nmpk besar) mihun sup n tomyam..Masak ni semua bergantung pada dr sndri klu kreatif dlm mskkan lg sedop..

Ok ni cara2 nak buat Meatball :
Daging cincang (Klu yg Ramly nyer guna dalam 2keping)
1 kiub daging ( tapi I lg suka pkai kiub ikan bilis)
* 3 Bawang putih
* 4 Bawang merah
*Sedikit halia
* lada putih/ lada sulah (klu ada anak kecik ltk sikit jer klu yg mkn nyer org dewasa ltk byk sikit,bergantung)
Sebiji telur
( yang bertanda * bermaksud ditumbuk)
Gaulkan kesemua bahan tadi dalam daging cincang n jadikan ia bentuk Ball
Simpan dalam bekas yang bertutup n simpan dalam petiais..
Ni hasilnya..Taraaaaaaa mudah kan..

Selamat mencuba'!!!!!!

Mudahnya Menjemput Rezeki!Buku terhebat

Assalamaualaikum semua

Alhamdulillah diberi lagi kesempatan dan kesihatan yang baik dariNya..Syukur pada Mu..I rasa bersyukur sangat dapat membeli n membaca buku yg penuh dgn tunjuk ajar dan rasa lebih bersyukur dengan rezeki yg Allah bagi pada I n Famili..Sebelum ni dalam kotak permikiran I rezeki cuma dlm bentuk wang ringgit yg biasa kt dpt tapi selepas membaca buku ni terasa diri ni terlalu kerdil sampai terlupa udara yang kt hirup n air yg kt mnm n guna itu jgk dipanggil REZEKI.

Indahnya ciptaan Allah daripada apa yang kita tak nampak sampai kepada apa yg kt nampak n guna itu jgk adalah rzki..Syukur Alhamdulillah dengan buku ni dapat lagi membantu I yang ada kalanye terlupa akan semua ini.

Apa yang ada di sekeliling kita ni adalah nikmat dan nikmat itu rezeki n cara terbaik utk kita membalasnya adalah dengan bersyukur walaupun ia bukan datang dlm bentuk wang tp itu semua datang dari Allah.I rasa rugi sangat klu ada diantara kauorg yg mampu milik buku ni tapi tidak membeli..Bukan apa,ni dapat menambahkan lagi ilmu pengetahuan kt tentang rezeki n menambahkan ibadat kt padaNya..Insahaallah..
Syabas pada penulis buku ni rasanya ini buku yang bagus dibuat rujukan dalam hidup seharian..
Harga buku ini murah hanya RM 18 jer n inshaallah mungkin lps membaca buku ni rezeki kauorg lagi bertambah2 hendakNya..Selain membaca jgn lupa bersedekah n lakukan amal jariah dengan org2 yg memerlukan..

N

BeautyOat

BeautyOat!!!!
Hai semua lamanye x menulis dlm blog ni..Masa terlalu padat sejak bergelar Surirumah ni..mana taknyer dl ada bibik semua kj rumah dia yg buat laaaa ni I yg buat dari celik mata smpy nak ttp mata nk tito msh tpikir lg apa yg perlu dibuat esok...Arrrrgh'!!!!!
Tu yang buat diri ni rs letih n lesu ("~)
Tapi sekarang tidak lagi sejak da ada BeautyOat ni I rasa lebih segar bugar n terasa muda kembali....Hahahahaha....
I suka!!!!I suka!!!

produk ni walaupun baru seminggu I guna tp kesannya bdn terasa sihat n rs letih bkurangan...
Amboi ni klu jd testimoni syarikat diorg ni confirm laku produk diorang.
Produk dari Korea!!!

sesapa yg dgr produk Korea msti ada keinginan nak mencuba termasuk lah I ni.Tapi jgn risau produk ni mendapat kelulusan dari KKM (jabatan ku lama) n Halal Toyibban.
Cara penyediaan yg mudah cuma bancuh n minum..Minum 2x sehari ms awal pagi tengah perut kosong tu sblm sediakan breakfast anak2 kt mnm dl n sebelum titoooo..Sesuai diminum bg ibu mengandung,menyusukan baby n kaum lelaki pun leh mnm..
BeautyOat,..Sangat mudah n lazaaat
Selain menjaga kecantikan produk ni jgk membantu dalam kesihatan kita...Memang sesuai dgn tema diorg Beauty,Young,Healthy.


Kepada sesiapa yang berminat nak mencuba pergi jer cara kat Fb diorg ni kat BeautyOat -Malaysia's#1Collagen Plus+ Oat



Sabtu, 4 Januari 2014

Shopping.. Shopping di Ho Chi Minh (Ben Thanh Market)

Salam.. 
Alhamdulillah diberi kesempatan untuk menulis blog lagi pada hari ni..Hari nie ada topik yang best tok kaum wanita,kaum adam pun suka gak tp ni semua lbh kpd gegurl jer.Tak caya tanyalah ibu2 aku tu ni lah tempat diaorg bershopping..Betul tak mak!!!!! ('',)

Kat Ho Chi Minh nih kalau tak gi shopping mmg tak sah. Kalau tak percaya cuba jalan2 gi area2 market nak dikatakan tiap2 ari ada org msia.. kalau tak nampak org2 malaysia bershopping mmg bukan Saigon namanya. Ada org siap bawak beg / luggage sebesar ampun keliling bandar utk masukkan barang belian kat pasor..Sampay terasa duduk di Msia bukan di Vietnam...Aduuuuiiii..

Kepada kakak2,adik2 ku sekalian hati2 yer semasa bershopping kat sini jgn bw byk sgt duit tu,tkt ada yg mgintai dr sblh.

Aku nak citer dari market yg terkenal di Vietnam ni xlain x bukan 'Ben Thanh Market' nm mcm Ben 10 kan..hihihihi..Kat sini semua ada dari brg pasar hingga kering,dari pakaian n handbeg yg xda jenama hingga berjenama semua pd harga yg bpatutan selagi kauorg pndai tawar menawar lg best..
Tapi jgn melampau sgt tawarnyer tu, kurang lebih separuh harga dr brg tersebut masih boleh lagi.


 Yg kat atas tu lah Ben Thanh market tempat dia mcm jalan penggaram kat batu pahat jer (sape yg dok bp tmpt tu mmg popular) tapi berganda2 lagi best dan besar. Tmpt yg besar dan byk lorong2 menjual brg, pastikn jgn sesat taw. Kat dlm ni mcm2 neka jualan ada dijual. Klu sehari tu mmg x cukuplah tok wanita2 diluar sana.Mn nak g kdai kain,kedai alas meja,kedai baju,gerai kopi n semualah ada.Tengok jer lah gmbar ni penat nak bgtw.

Utk pengetahuan semua, Ben Thanh nih ada dua sesi.. Satu Sessi pagi (kat bahagian dalam market yg besar tuh), dan satu lagi sessi Malam (lepas pukul 7 ptg).. Yg sessi malam nih, lebih kurang macam pasar malam..

Sebagai tips, kalau nak beli2 barang kat sini, tak perlu risau sgt, sbb kebanyakan penjual fasih berbahasa melayu (sebutan, Malaii) atau pun English. Dan kebanyakan kedai pun boleh accept Ringgit Malaysia dan juga Dollar.. Dong tu sudah semestinya. (1 RM = 6000 Dong (lbih kurang).

Nak share2 skit apa yg ada kat sana.. Ni baru sikit je nih.. kat dalam market tuh bykkk lagi yg aku pun tak explore.










Seronok tak? JOm g sini..

Ok nanti kita sambung lagi ke kedai Taka Plaza,Saigon Mai n lain2