Rabu, 10 Disember 2014

Resepi Sambal Totok (Sambal Hijau)

Hai semua!!!!

Macamana hari ni semua sihat,ye lor dengan keadaan cuaca yang tidak menentu ni kesihatan kena jaga jugak.Semalam pergi kedai nampak ubi,terliur pulak nak mkn ubi rebus n dalam kepala  ni memang nak buat sambal totok boleh buat makan sarapan pagi nanti..Pagi tadi rebuslah ubi tunggu punya tunggu kenapa lah ubi ni tak lembut keras semacam je ni.Sebenarnya I memang tak pandai nak pilih ubi kalau nampak ubi jer terus amik xdanya nak tahu elok ke tidak..Tak pasal kena ubah pulak menu sarapan pagi tadi..Jadilah lempeng kosong yang dicecah dengan sambal totok..

Sebenarnya sambal ini I tahu pun dari kakak ipar I.Dia yang buat masa kat rumah I dan sambal ni tersangat mantop n pedas memang sesuai untuk selera jawa.Orang jawa ni kalau tak pedas tak kick..Kenapa dipanggil totok yang tu I tak pasti mungkin sebab dulu tak ada blander n cuma ada lesung batu untuk diketuk sebab tu di panggil totok..cuba sebut betul2 totok totok totok..hihihihi..

Tapi bila peredaran masa berlaku, totok da tak sesuai untuk diletakkan nama komersial so terciptalah nama sambal hijau..Agaknya lah kot sejarahnya itu..I pun tak berapa pasti tapi yang pasti sambal ni memang sedap,sentap,pedas n terbaik..

Jom kita ke dapur n mulakan masak sambal totok..

Sumber : Pn NorAzlinda Harun
Resepi: Sambal Totok

Bahan bahannya:

1 genggam cili api ( kalau nak pakai cili api kg lagi menangis)*
3 biji bawang merah *
5-6  biji bawang putih*
Sedikit belacan*
Ikan bilis
Asam jawa
Garam
Gula
Kiub ikan bilis
2 biji bawang merah dihiris

Cara caranya:
Goreng ikan bilis kemudian ketepikan
Blander kesemua bahan yang bertanda *
Tumiskan hingga naik minyak
Letakkan air asam jawa,garam,gula n pati ikan bilis
Bila da pekat sikit masukkan 2 biji bawang merah yang dihiris
Biarkan sebentar hingga layu sikit
Angkat n taburkan ikan bilis goreng

Siap untuk dimakan n sediakan air yang secukupnya..Ia pasti membuatkan anda rasa mengalir air mata..

Selamat mencuba resepi jawa ni...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan