Ahad, 16 November 2014

Resepi Apam Beras

Hai semua..

Tengahari tadi anak I da sibuk suruh buat apam beras..tapi dia tak panggil apam beras tapi kuih green n red, penat memikir kuih apa yang I da buat sebelum ni kaler green n red..Akhir sekali baru teringat I ada buat kuih Apam Beras minggu lepas..Diaorang sibuk suruh buat sebab nak bawa pergi sekolah leh jamu dekat kawan-kawan..Yelah ibu buat kan untuk anak-anak ibu ni..
Kali ni I buat apam kurangkan sikit airnya ..Sebelum ni terlebih air sampai lembik sikit apam tu..Anak2 ni kalau masakan yang I buat sedap n menepati selera diorang,anak2 I akan bagi Star kat I..kalau masakan tu kurang sedap I akan dapat Star yang paling sikit..hari ni jer I da dapat 100 star dari haiqal n naufal..paling sikit pun yang I pernah dapat 3star..itu pun lepas I merujuk sikit ngan diorang ni..budak2 tak pandai cakap bohong..hihihihi

So hari2 I memang nak kumpul star dari anak2,ni lah masa nak bermanja dengan anak2..bermulalah macam2 resepi untuk memikat hati anak supaya makan n tak boring dengan masakan yang sama..Bukan tak nak memikat hati suami tapi suami I suka makan makanan yang simple n mudah.

Ok jom kita ke dapur n mulakan mengumpul star dari anak2 n husband..

Resepi Apam Beras
Bahan bahan nya:
2 cawan nasi
2 cawan air
2 cawan tepung gandum
2 cawan tepung beras
1 cawan gula
1paket yis

Cara membuatnya:
Kisarkan nasi + air + gula sampai hancur
Tuang dalam bekas
Campurkan tepung gandum + tepung beras + yis
Uli dengan tangan atau guna whisky sampai semuanya sebati ( boleh tambah air sedikit sekiranya nmpk kering)
Biarkan dalam sejam untuk tepung itu naik berganda
Kacau kan tepung itu untuk lebih sebati
Letakkan warna kesukaan anak2 ( ikut pilihan hati )
Oleskan atau sapukan majerin / butter keatas loyang atau acuan untuk mengelakkan apam dari melekat pada acuan
Kukus apam dalam masa 10-15 min atau sehingga masak
Balut penutup kukus dengan kain
Keluarkan apam dari pengukus n biarkan sebentar
Kemudian baru keluarkan apam n saji untuk dimakan




Tiada ulasan:

Catat Ulasan