Khamis, 4 Disember 2014

Ragam anak yang Manja

Hai Semua!!!



Pernah tak sesapa diantara ibu ibu diluar sana menghadapi situasi macam I ni..Anak dara I ni jenis manja yang amat n susah nak letak kat bawah..Nak bagi duduk pun susah..Dulu I ingat mungkin dia jenis penakut tak boleh tinggal seorang tapi bila ada abang dia pun Dina tetap tak nak berenggang tetap nak berdukung.Sesiapa yang pernah mengalaminya mungkin tahu macamana situasi I ..Dulu I memang teringin nak ada anak perempuan rasa macam nak tatang minyak yang penuh,taknak dia bagi manja dengan orang lain..Biar semua I yang uruskan dari A to Z tapi bila macam ni I rasa nak letak dia kat nursery biar dia campur dengan orang lain..Bukan maksud I tak sayang kan dia tapi letihnya..Tangan ni rasa nak patah tapi nasib baik tak patah lagi cuma perasaan letih yang melampau..Tangan kiri I memang secara automatik akan dukung Dina tiap kali dia nangis,tangan kanan pula sibuk nak mengemas,memasak menyidai baju...Haaaaaah jangan tak percaya I boleh buat semua tu dengan satu tangan n sebelah lagi mendukung DINA...Kalau tak diangkat nak tahu apa Dina buat dia akan gigit kaki I n bila kaki da kena gigit mestilah ibu takut kena gigit lagi kan so terpaksa dukung jugak si kenit ni kemana sajer.Terasa nak amik maid tapi bila pikir nanti kasih sayang anak anak berkurangan niat hati tu terkubur disitu saje..Ada bagus jugak dapat macam ni sebab badan leh kurus ni pun kira exercise jugak...Hihihihihi
Ye lor time haiqal naufal I sibuk bekerja tup tup anak da besar so mungkin ni balasan yang I dapat.Seronok jaga anak anak ni,walau diaorang nangis,bising,bergaduh sesama sendiri tapi tu lah suasana yang tak boleh dilupakan.Pernah bertanya pada husband boleh ke anak anak kita ni menjaga kita bila da tua..Sebab masa I kerja sebagai Nurse macam macam ragam yang dapat tengok.Tinggalkan ibu ayah di hospital macam wad tu tempat kebajikan,ni semua pengalaman bukan semua anak yang macam tu,ada jugak yang take care tapi cuma hantar pamper n biskut kering kemudian cuci beraak ibu di biarkan nurse yang buat,bila disuruh belajar tukar pamper alasan yang kerap diberi saya tak tahu nak buat lagi pun pamper tu saiz besar.Sesapa yang jadi nurse da tahu pun jawapan nya tapi bila korang lihat muka si ibu diaorang mesti nangis sambil ketap bibir.I tak tipu ni semua pengalaman,terasa nak peluk makcik tu tapi apakan daya.Macam macam sekarang ni time ibu n ayah hidup lah kita balas jasa mereka tanpa mereka siapa lah kita.Apa pun kita sebagai ibu akan melakukan yng terbaik untuk anak tapi mengira penat lelah..Dan sebagai ibu doakan yang baik untuk mereka..Untuk anak I yang Dina ni I harap dia lepas ni lebih berani n tak kuat menangis,sebab ibu pun da terasa tua untuk berkejar kejaran dengan rutin harian.


Wasalam..Love u mak n ayah...n my husband too 



Tiada ulasan:

Catat Ulasan