Hai semua!!
Semua orang sibuk memperkatakan tentang BBW ni, rugi kalau tak pergi macam macam buku boleh dibeli dengan harga yang sangat murah n berpatutan..Kempen BBW ni dibuat 2minggu Dari 5 DEC sampai 16 DEC 2014 do MIECC Serdang.Dan diorang ni buat jualan tanpa had masa siang malam pagi subuh diaorang tetap buka kaunter jualan..
So hari jumaat tu I n famili ni pergilah ke BBW sebab pikir masa ni mesti da tak ramai sangat yang datang lagipun kitaorang datang dalam pukul 10mlm.Tapi jangkaan I memang meleset nak masuk ke MIECC je da kena beratur panjang,kereta banyak,yang jalan kaki lain..Aduhhhh ingatkan da reda lah demam BBW tapi rupanya tetap panas..
I nak nasihatkan kepada sesiapa yang nak ke sini..Jangan lupa bawa luggage sebab kalau bawa plastic je memang letihlah nak pegang buku yang Berat n banyak.. I bernasib baik bawa stroller so Dina I dukung n buku letak je kat stroller.Senang..
Bila jejak kaki ke dewan MIECC je memang rasa excited sebab anak I lebih dulu berlari nak cari buku bacaan diaorang..Berebut masing masing cari buku..Tujuan datang ke BBW memang nak cara bacaan baru untuk anak anak ni..
Kalau tengok harga n kualiti yang dijual memang tahap gaban.Murahhhh n berbaloi..Mana nak dapat buku yang baik kualitinya n bagus dengan harga RM2 -10.Berbaloi untuk I n famili beli buku dari luar negara dengan harga yang begitu murah..Sesiapa yang datang ke BBW pasti tidak akan kecewa banyak buku yang dijual.
Buku masakan,travelling,buku kanak kanak,fiksyen n non fiksyen,lukisan n macam macam.Ni lah pesta buku yang terbesar n termurah sepanjang tahun..Rugi tau kalau tak pergi ke sini..
Pukul 12 mn kitaorang da rasa letih n rasanya perlu stop dulu membeli n perlu sambung esok hari sebab tak puas mencari buku..Anak anak I bila janji nak datang balik lagi suka diaorang..
Tak rugi pun bawa anak n family ke sini walaupun dina belum tahu membaca tapi dia lebih peka dengan corak,warna yang ada pada buku tersebut..kalau rasa rugi belikan satu je dulu jangan mendesak diaorang untuk membaca..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan