Khamis, 20 November 2014

Kek Coklat Simple

Hai semua

Dah mula cuti sekolah akhir tahun,gembira lah anak2 ni..
Mulalah sibuk buat bising kat uma,terjerit jerit la ibu ni nak layan 3orang anak..Memang biasa pun berlaku..Hihihihihi..Anak kalau ada kat uma macam2 diorang akan request suruh masak itu ini..Hari ni da dapat order dari opal suruh buat kek coklat.Macam2 je opal ni klu bab order bg je kat dia.
Buka fb ada pulak resepi kek coklat semudah ABC..Jom kita try buat,tak perlu susah payah lagi nak beli kat luar.

Sumber: Emma Zainin
Kek Coklat Simple

Bahan bahan nya
1 cawan tepung gandum
1/2 cawan air
1/2 cawan minyak
1/2 cawan gula
1/2 cawan susu pekat
1 sdk soda bicarbonat
3 sdb koko
1 biji telur

Cara caranya:
Blenderkan kesemua bahan sehingga sebati
Pastikan semua hancur ye
Tuang dalam paper cup
Kukus diantara 15 - 20 min
Siap untuk dimakan bersama famili..

Mudah kan sekarang ni blender bukan nk kisar lada tapi tepung pun da boleh..

Isnin, 17 November 2014

Resepi Sotong Goreng Tepung

Hai Semua!

Kekadang jadi surirumah sampai ada satu ketika tak tahu nak masak apa..Penat memikirkan lauk apa yg perlu dimasak n diorang ni nak ke tak kalau I masak macam ni atau macam tu..Arggggh..leceh betul nak pikir hari2 macam ni..

Semalam ke kedai ada beli sotong,rasanya macam nak masak paprik tapi budak2 tak suka pulak..last baru teringat haiqal ada bagitahu nak makan sotong goreng..Oklah bolehlah start masak n kumpulkan star ari ni..

Resepi Sotong Goreng Tepung
Bahan bahannya:
Sotong secukupnya
1 cawan tepung gandum
1 sudu kecil baking powder
1 biji telur
Garam
Lada sulah
Rempah kari ( optional )

Cara caranya:
Cuci sotong n potong kecil.ketepikan
Gaulkan sotong dengan garam dan lada sulah
Campurkan pada tepung + baking powder
Pecahkan sebiji telur n gaulkan rata..
Goreng diatas kuali n selamat menjamu selera..
Puas makan tak perlu nak berkira2 makan sampai puas..
Buat sendiri lagi sedap kalau beli biasanya banyak tepung dari sotong

Berhenti kerja Nurse...

Hai!!!

Kekadang rasa macam malas nak jawab soalan dari kawan kawan yang bertanya kenapa berhenti kerja,tak sayang ke kerja ngan kerajaan,da pikir panjang ke nak buat semua keputusan,n yang dahsyatnya ada yang tanya boleh ke husband u tanggung semua ni..Aduh letihlah nak jawab nak bagi kesimpulan n keterangan pada orang2 yang selalu memikirkan tentang diri I ni..Nampak macam glamour je kan...hahaha

InshaAllah rezeki tu ada dimana mana tapi perlu diusahakan dan sentiasa berdoa..I buat keputusan nak berhenti bukan sehari dua tapi dekat setahun setengah.Yang selalu buat I terfikir  bukan pikir suami I mampu ke bayar ni bayar tu tapi I hanya pikir apa yang orang akan cakap n apa yang orang akan pandang I lepas I buat keputusan berhenti kerja n ada tak orang akan berkawan dengan seorang suri rumah.

Siapa yang tak sayangkan kerja yang tentunya terjamin hingga ke tua siap dapat pencen semua tu..Sebelum nak berhenti ni pun I minta izin dengan ibu I terlebih dahulu sbb ibu I yang nak sangat salah seorang anaknya berkerja dengan kerajaan.Selepas perbincangan ibu I cuma cakap tanggungjawab seorang ibu untuk menjaga anak habis bila seorang anaknya bergelar isteri n selebihnya ia tanggungjawab seorang suami.Masa tu rasa sedih n terfikir adakah I ni da lupakan hati seorang ibu?

Tapi bila usrah bersama suami n mendengar pendapat ibu keputusan berhenti telah dibuat..I perlu fikirkan anak2 n husband.Kerja l sebagai Nurse memang bukan satu yang mudah.Terutamanya nak uruskan masa dengan anak2 n husband..I ada 3 shift pg,petang n malam..1 minggu akan rasa 2 shift pagi n petang dan 2 minggu sekali akan rasa shift malam.

Cuti sbg seorang Nurse bukannya mudah n perlu toleransi dari pihak ketua n kekawan sendiri..Sekiranya I n kawan I nak cuti hari yang sama kitorang akan susahati sapa yang dpt cuti tu.Kalau ada yg pandai bodek mugkin dapat tp kalau jenis mcm I ikut jer arahan mmg susah lah..
Lagi satu yang selalu I rasa kurang bertanggungjawab menjadi seorang ibu bila anak sakit n tanggungjawab tu ayg serahkan pada husband I n I perlu ke kerja untuk menjaga pesakit di wad.Kekadang tanggungjawab tu I serahkan pada maid sebab I kena kerja n susah nak amik EL sbb staff yang x ramai..Nurse jugak bukan mudah nak amik cuti sabtu ahad.That's Imposibble..

Jangan mimpi setiap hujung minggu boleh duduk santai sama2 ngan orang yang tersayang.Bl I Amik cuti tanpa gaji suami bersuara suruh berhenti sbb anak nak membesar n perlukan perhatian yang lebih dari seorang ibu bukan dari seorang maid.I tulis ni bukan sebab I da boring atau bosan dengan kerja Nurse tapi I rasa pilihan yang I buat sekarang ni inshallah akan membuahkan hasil..Mungkin bukan dari segi wang ringgit tapi dari segi kasih sayang kami sekeluarga..InshaAllah sekiranya diberi peluang I tetap akan berkerja sebagai Nurse walaupun bukan untuk pesakit diluar sana tetapi didalam keluarga sendiri.

Ini semua pengalaman sebagai Nurse jangan pulak ada yang takut untuk menjadi Nurse atau terasa beban bila dijodohkan dengan Nurse..
Nurse satu kerja yang mulia n satu kerja yang tiap2 hari menambah ilmu pengetahuan n boleh mengajar seseorang lebih sabar n redha.

Tahniah pada semua warga KKM yang bekerja keras dalam membantu mangsa banjir di Kelantan..

Ahad, 16 November 2014

Resepi Apam Beras

Hai semua..

Tengahari tadi anak I da sibuk suruh buat apam beras..tapi dia tak panggil apam beras tapi kuih green n red, penat memikir kuih apa yang I da buat sebelum ni kaler green n red..Akhir sekali baru teringat I ada buat kuih Apam Beras minggu lepas..Diaorang sibuk suruh buat sebab nak bawa pergi sekolah leh jamu dekat kawan-kawan..Yelah ibu buat kan untuk anak-anak ibu ni..
Kali ni I buat apam kurangkan sikit airnya ..Sebelum ni terlebih air sampai lembik sikit apam tu..Anak2 ni kalau masakan yang I buat sedap n menepati selera diorang,anak2 I akan bagi Star kat I..kalau masakan tu kurang sedap I akan dapat Star yang paling sikit..hari ni jer I da dapat 100 star dari haiqal n naufal..paling sikit pun yang I pernah dapat 3star..itu pun lepas I merujuk sikit ngan diorang ni..budak2 tak pandai cakap bohong..hihihihi

So hari2 I memang nak kumpul star dari anak2,ni lah masa nak bermanja dengan anak2..bermulalah macam2 resepi untuk memikat hati anak supaya makan n tak boring dengan masakan yang sama..Bukan tak nak memikat hati suami tapi suami I suka makan makanan yang simple n mudah.

Ok jom kita ke dapur n mulakan mengumpul star dari anak2 n husband..

Resepi Apam Beras
Bahan bahan nya:
2 cawan nasi
2 cawan air
2 cawan tepung gandum
2 cawan tepung beras
1 cawan gula
1paket yis

Cara membuatnya:
Kisarkan nasi + air + gula sampai hancur
Tuang dalam bekas
Campurkan tepung gandum + tepung beras + yis
Uli dengan tangan atau guna whisky sampai semuanya sebati ( boleh tambah air sedikit sekiranya nmpk kering)
Biarkan dalam sejam untuk tepung itu naik berganda
Kacau kan tepung itu untuk lebih sebati
Letakkan warna kesukaan anak2 ( ikut pilihan hati )
Oleskan atau sapukan majerin / butter keatas loyang atau acuan untuk mengelakkan apam dari melekat pada acuan
Kukus apam dalam masa 10-15 min atau sehingga masak
Balut penutup kukus dengan kain
Keluarkan apam dari pengukus n biarkan sebentar
Kemudian baru keluarkan apam n saji untuk dimakan




Sabtu, 15 November 2014

Pengalaman Mengandung Di Vietnam

Hai semua!!!!
Alangkah bahagianya bl seseorang tu dpt tau mengandung..Best kan rasa mcm xleh nak ckp perasaan tu..rasanya mana2 ibu ada perasaan mcm tu..Lagi2 bl usia da masuk 30an mengandung pulak tu rasa seronok,tak percaya n ARRRRRGH!!!! Dunia ni 'ANA' yang punya!!!Sorry kalau ter'over' tp tu lah kenyataannya...I mmg teringin nak baby girl..
Alhamdulillah mengandung di negara 'orang' n dijangkakan girl pulak tu..Memang sesuatu diluar jangkaan.Bermulalah satu lagi pengalaman baru dalam hidup I..
Dari mengandung,bersalin n berpantang disana..Cukup2 indah n terseksa bl mengandung di tempat org..Tang indahnya mengandung kat Vietnam ni layanan mcm puteri pergilah mn2 pun mcm pasaraya atau Mall diorang akan bg I jalan dulu,bg tempat duduk,Klu blh jln tu nak dibesarkan tok I lalu,baju Preggy kat sini cantik2 n seksi,baju baby jangan tanya memang cantik2 pergi je kat Saigon Square macam3 ada Hahahaha..Seronok..
Tapi tang seksanya bl bab mengidam..Aduhhh sakitnya bl ada benda yg teringin sgt nak mkn tapi kat Vietnam xda.Contoh I bg Apam balik,jeruk asam,asam pedas pak ali..semua takda terasa nak menangis,meraung,n menjerit..Streeees masa tu rasa nak beli tiket flight balik Malaysia masa tu jgk..Masa I mengandung 7bln ms tu puasa wahhh byknya kwn2 letak picture kuih muih yg sedap2,pergi bazar ramadhan lps tu korang post pulak kat fb..I ni tgk n uwaaaaah..Sedey Uhuk..
pernah cuba buat Apam balik sendiri tapi x jadi yg jadi lempeng..Husband balik kerja cuma tau gelak jer..Uwaaaaah..
Bab kata ibu ku 'hujan batu dinegara orang lebih baik dinegara sendiri' (betul kan peribahasa ni)Dulu I tertanya2 kat best sekali sekala rasa hujan kat tempat lain rupanya hihihihu..Terseksa.. Hihihihih
Bab berpantang ni I memang xberapa pandai sangat cuma tau jgn mkn pedas,mknn yg sejuk itu je yg I tau selebihnya I mkn je,yang penting uolls kena urut,tungku,pakai param,pilis.Yang ni semua I masih amalkan..Penting untuk dalaman..
Kepada kawan2 yg mengandung tu jgn sedih2 tak bagus utk bb comel yg keluar nanti..Bab mengidam tu mmg x boleh dipisahkan bg ibu mengandung tapi kalau da xda nak buat mcmn..pikir mungkin tu bukan rezeki kita nak mkn ms mengandung tapi lepas mengandung dapat jumpe mknn yg diidamkan tu mkn je lah..
Ok jangan sedey2 untuk ibu mengandung ni..kalau sedey jgk pergi tengok picture baby yg comel mesti hilang rasa sedey tu..

Tip untuk surirumah kurus

Hai semua!!

Bukan mudah ye nak dapatkan balik berat badan yang ideal seperti sebelum kahwin..memang susah kalau dulu I sibuk nak menggemukkan badan sebab malu terlalu kurus la ni berlaku sebaliknya..Nak beli baju yang kita suka pun kena pikir 3 4 kali sebab berat badan da naik..Masa mula2 jadi housewife ni berat badan I naik mendadak dari paras yang ideal ke overweight nasib baik tak sempat jejak ke obesity lagi..Mana taknya tak da kerja nak buat takda masa yang nak dikejar,tak macam dulu nak makan pun kena pikir patient,medication,intervention..Semua berubah bila da gelar housewife..Berat badan naik,dagu berlapik macam 14 tingkat..Malu sangat...Tapi bila difikirkan balik salah diri sendiri ialah sedap bebenor duduk umah tak buat sebarang aktiviti sihat..Bila da gemuk baru nak malu..So hari ni I nak kongsi sikit macamana I leh kurus balik dari overweight ke ideal semula..Tips I ni tak memerlukan pengeluaran duit yang banyak cuma perlu masa untuk kembali asal..

1..Air Putih
Ramai yang tahu kan air putih takda sebarang kalori n perlu diambil sebanyak 2-3liter sehari..selain tu eye bag kat bwh mata tu boleh hilang.kulit pun cantik tak nampak kering.

2..Air Detox/ Green Tea
Yang ni I suka sebab dapat bantu membersihkan usus I..Yang suka sembelit memang patut cuba..Kalau tak suka green tea buatlah detox campur lah lemon ngan serai ke..atau lemon + oren,strawberi + kiwi..ikut korang bab detox ni..

3..Aktiviti
Bab aktiviti rumah ni surirumah memang terror buat..Menyapu,mengemop,cuci toilet semua tu dapat mengeluarkan peluh..Sah2 lah banyak peluh yang keluar..

4..Buah Buahan
Banyakkan ambil buah yang tinggi zat besi n fiber..

5..Diet Atkien
Diet ni mudah jer boleh dibuat semua benda yang berprotein n berfiber boleh dimakan..Tapi semua jenis karbohidrat memang tidak dibenarkan..I nak nasihat sesiapa yang menyusukan bayi lebih baik jangan buat..

6..Senaman
Buatlah senaman macam lari setempat,star jump,ataupun berjalan kaki..semua ni untuk jantung kita jgk..

7..Puasa
Puasa ni mmg terbukti keberkesanannya.Selain mendapat pahala dapat jugak kurangkan makan..seminggu buat 2kali kalau terasa berat seminggu sekali.

8.. Pakaian
Kenalah pandai dalam memilih corak n warna baju,bg menampakkan diri kurus tapi bukan menjolok mata..no no no...

9.. Supplement
Yang berduit lebih sikit tu cubalah produk Supplement yang boleh membantu dalam penurunan berat badan macam Shaklee,L Armor,Garcenia Bunner.

10..Korset
Dengan korset ni pun dapat membantu menyembunyikan lemak kat badan n dapat mengurangkan selera makan

I pun masih lagi dalam proses menguruskan berat badan n ini hanya panduan untuk surirumah macam I untuk kurus tanpa mengeluarkan duit yang banyak..

Isnin, 10 November 2014

Roti Perancis yang sedop

Hai semua!!!!

Petang2 mcm ni tak tau nak buat minum petang apa..
Sblm ni ada kat fb tgk ada org post Roti Perancis ...Wow terasa mcm nak buat..Jadi pergilah bakeri tghari td beli brg2 yg diperlukan..
I ni x pandai n coleteh sgt jd kt terus ke dapur n terus kan menguli adunan

Bahan bahan nya:
750 tepung roti / high protein

2sdb gula

8gram bread improver ( Tp I x letak pun)

11 gram yis

2sdt shortening

Sedikit garam

Air suam

Cara caranya:
Yis + gula dicampurkan ngan air suam smpy berbuih
Letakkn tepung n campurkan yis yg telah berbuih tu ke dlm bekas
Uli2 sikit letakkan shortening n garam
Letakkan air secara perlahan2 jgn terlalu lembik
Uli sehingga menjadi doh
Bentuk kan doh td mjd roti perancis n biarkan sejam
Bakar dlm oven dgn suhu 200degree atau sehingga kekuningan

Dan ini lah hasil dari dapur yuri.Dimakan bersama sup ayam..tapi sebenarnya sedap dimakan ngan beefsteak atau sup merah

Selamat mencuba resepi ni 

Rabu, 5 November 2014

Spring Roll Vietnam

Assalamualaikum n selamat pagi semua..

Awal pagi nie mmg pening nk pikir nk bt sarapan utk suami n anak2..
So pg td terasa pulak nak mkn Spring Roll Vietnam..Sebenarnya da lama nak buat tp rice paper kat uma I da abis stok..Mgu lps pegi HERO MARKET terpandang rice paper  terus I grab..Hihihihihi

Ok jom kt buat Spring Roll Vietnam

Bahan bahan nya:
Rice paper
Sedikit Hirisan Lobak Merah - dicelur
Sedikit Mihun - dicelur
Salad
Daun pudina
Isi Ayam yg telah digoreng (nak guna udang pun leh tp telur dl atau scramble egg pun leh)
Sos Thai
Kacang tumbuk ( optional)

Cara caranya :
Letakkan rice paper di atas pinggan yg berisi air.tekan2 sikit rice paper tp jgn smpy lembik sgt.
Angkat dan letak di pinggan biasa n isikan salad,mihun,Lobak,daun pudina,isi ayam.kemudian balut mcm nk buat popia biasa..
Kemudian mkn bersama Sos Thai n taburkan kacang tumbuk

Ni picture yg boleh dibuat rujukan..Hihihihihi...

Selasa, 4 November 2014

Roti Rehat 8jam

Hai semua!!
Nak kongsi resepi dari fb kak Kathy Kay..cara dia buat roti sgt mudah tak perlu nak uli berbagai cuma tgu doh naik sndri..Tapi kali ni doh nyer makan ms 8 jam sbb guna yis yg sikit..So klu ada yg nak membuat I cadangkan bt mlm sblm tito n bakar pagi esoknya..Tapi klu nk buat mkn ptg sediakan adunannya belah pg..
I buat 2 jenis satu I buat roti sandwich n satu lagi I letak hot dog tok ank2..

Bahan bahan nya:
1/2 sdt yis
4 cwn tepung gandum/ high protein
2 cwn air biasa
1 sdb planta/shortening
4 sdb gula
1/2 sdt garam

Cara caranya:
Masukkan tepung,shortening,gula,yis ke dalam bekas
Kacau bersama whisky sehingga sebati
Tuangkan air secara perlahan2 bersama garam
Gunakan blkg sudip kayu sbb ms ni aduan da lembik
Gaul smpy ia sebati
Tutupkan dgn plastik
Selepas 8jam aduan akan naik berdouble
Gunakan spatula lembut n kaut secara perlahan n letak dlm bekas
Bakar kan dlm suhu 170-200 degree
Atau sehingga warna kekuningan

*Klu nak isi dalam cup letakkan adunan separuh sahaja

Dan ini hasilnya

Ahad, 2 November 2014

Pizza membuka selera

Hai semua!!!

Time cuti hujung minggu ni rasanya macam2 nk buat..Nak makan ni nak mkn tu tp rasa malas nak g kedai nak kuar uma pun MALAS..
Hihihihihi..Jgn malas sgt nnti kelaparan pulak..Cek kat peti ais ada pulak bahan nak buat Pizza..Jadi apa lagi jom ke dapur n mulakan aktiviti membakar pizza..

Bahan utk roti :
3 cawan tepung gandum
2 sdt gula
2 sdt yis
1 cawan air suam
1/4 minyak
Sedikit garam

Topping Pizza :
Sos Prego ikut selera masing2
Sedikit rempah kari (optional)
Bawang Holand ( dipotong dadu)
Cendawan dihiris
Isi ayam
Hot dog dihiris
Hirisan lada benggala
Lada sulah
Serbuk oregano
Keju parmesan ( keju chesdale pun leh lps tu sagat halus)

Cara caranya :
Satukan yis dan gula dalam air suam sampy ia berbuih..
Letakkan tepung dalam bekas bersama sedikit garam n kacau..
Lubang bhg tengah tepung n camporkan minyak n air suam yg berisi yis n gula td kemudian jdkn ia doh
Biarkan seketika sehingga doh tu naik 2x ganda

Bahagikan doh tersebut menjadi 2 bhg atau bergantung pd oven uolls
Letakkan minyak ke atas dulang pizza tersebut
Bentuk kan pizza menjadi bulat
Tekan sdkt sms bentuk kan pizza tersebut
Amik garfu n cucuk kan pd pizza tersebut utk perudaraan
Letakkan Sos Prego atas pizza n sedikit rempah kari (optional)
Taburkan bawang holland
Susun hot dog,isi ayam,cendawan,lada benggala
Letakkan lada sulah,oregano
Taburkan keju
Bakar kan pizza tersebut ke dlm oven dalam ms 20min suhu 190'