Isnin, 29 Disember 2014

Laksa Kerang a.k.a Laksa Singapore

Hai semua!!!

Lamanya tak menulis blog ni da dekat seminggu lebih..Hari ni terasa rehat n ada masa yang terluang yang tidak perlu dibazirkan..Sebab tu nak tulis blog n kongsi resepi baru yang baru I cuba hari ni..

Hari ni nak buat laksa yang sangat
mudah utk dibuat..Pastikan semua bahan ada di dapur jadi tak kelam kelibut dibuatnya

Resepi Laksa Kerang
Bahan bahannya:
1 packet spageti/mihun/mee kuning
* halia
* kunyit
* lengkuas
* bwg merah
* bwg putih
* segenggam udang kering -rendam dulu
* 3batang serai - 2 dikisar n 1 dititik
* 3 biji buah keras
Semua bahan yg bertanda * perlu dikisar
Tauhu puk
Segenggam Daun kesum
1 bunga kantan
11/2 Santan kotak
3cawan air
2 Asam keping
250g Kerang
Fish Ball

Bumbu (Garnishing)
Udang - dicelur
Kerang - dicelur
Sawi/taugeh/kacang panjang - dicelur
Sambal tumis kosong
Atau boleh dimkn dengan kari ayam tanpa Santan
Daun ketumbar atau pudina

Cara caranya:
Panaskan minyak
Tumiskan bahan yg dikisar bersama serai yang dititik
Tumis sehingga sehingga pecah minyak
Masukkan Santan Dan air
Biarkan ia mendidih
Masukkan Asam keping,daun kesom dan bunga kantan
Letakkan garam n perasa
Masukkan kerang dan fish ball
Biarkan mendidih kemudian masukkan tauhu puk
Boleh dimakan bersama mee
Hidang ketika panas

Isnin, 22 Disember 2014

Kek Coklat Moist

Hai semua!!!!

Musim hujan ni selera selalu je melodak nak makan ajer..tak kira masa n tempat perut ni pasti berlagu keroncong..Hujan ni membawa seribu rahmat kepada semua..Masa ni lah kalau sesapa nak cari duit lebih jual goreng pisang depan rumah pun laku.Time hujan ni lah segala mala nak dimakan nya.hihihihohi

Pagi tadi buka fb tgk ramainya kawan kawan post buat roti,kek,lauk pauk..tapi tekak I ni teringin nak makan kek coklat moist..I ni peminat kek coklat ANIS..Memang mantop kek coklat dia ni..cek kat fb mn tahu ada org post resepi kek coklat boleh lah I cuba..Alhamdulillah dapat jugak resepi kek coklat ni..Kalau tengok dari fb ni memang nampak menarik..

Jom ke dapur n cuba buat sendiri kek coklat yang semudah ABC and extra D..hihihihihi

Resepi Kek Coklat Moist

Bahan A
1 cawan serbuk koko
1 cawan minyak
1 cawan susu cair
1/2 susu pekat
1 cawan gula
# Masak atas dapur sampai larut kemudian disejukkan sebentar

Bahan B
11/2 cawan tepung gandum
1 sk baking powder
1 sk soda bikarbonat
# Ayak semua bahan B

Bahan C
3 biji telur diblander

#Masukkan bahan A+B+C kacau sampai sekata tak tidak berketul.
Kukus selama sejam

Bahan D

1/2 cawan serbuk koko
1/2 cawan milo
1/2 cawan susu pekat
2 sk gula
Susu cair ( yang ni bergantung pada tuan badan nak buat cair atau pekat topping tu)
Campurkan semua bahan D ni kemudian letak di kek coklat kemudian tabur chocolate rice

Sabtu, 13 Disember 2014

Tauhu Sumbat Main Place

Hai semua!!

Hari ni nak kongsi tempat tauhu bakar yang sedap di Main Place Mall di USJ 21..Nama tempatnya Paratha Crispy Popiah..Berhadapan dengan kedai kakilima dan diantara fruit licious..Korang kena singgah ke kedai ni..bentuk kedai yang ala ala bamboo n mudah untuk dicari..Harga yang berpatutan..

Menu yang popular di sini ialah signature tauhu sumbat,seaweed Japanese popiah memang kena rasa sebab terasa kesedapan pada tauhu n keranggupan pada sayur yang diguna.Lagi satu diaorang tak kedekut dengan bahan bahan seperti sayuran,kacang,serunding.Yang sedapnya sos pada tauhu sumbat tu..Japanese tu ada rasa kelainan yang diubah dengan meletakkan seaweed dibahagian atas sekali.Didalam Japanese Popiah ni ada banyak bahan macam serunding,sayur,kacang,sos..Arrrrghhh.
Memang mantop rasanya..

Dekat sini pun ada jual nasi ayam tapi I belum pernah mencuba nasi nya..Tapi setiap kali ke sini ada sahaja yang mencuba nasi ayam diaorang..

Sesapa yang belum pernah ke Main Place Mall perlu pergi sebab ni Mall baru n seberang jalan pulak ada One City Mall..

Big Bad Wolf 2014

Hai semua!!

Semua orang sibuk memperkatakan tentang BBW ni, rugi kalau tak pergi macam macam buku boleh dibeli dengan harga yang sangat murah n berpatutan..Kempen BBW ni dibuat 2minggu Dari 5 DEC sampai 16 DEC 2014 do MIECC Serdang.Dan diorang ni buat jualan tanpa had masa siang malam pagi subuh diaorang tetap buka kaunter jualan..

So hari jumaat tu I n famili ni pergilah ke BBW sebab pikir masa ni mesti da tak ramai sangat yang datang lagipun kitaorang datang dalam pukul 10mlm.Tapi jangkaan I memang meleset nak masuk ke MIECC je da kena beratur panjang,kereta banyak,yang jalan kaki lain..Aduhhhh ingatkan da reda lah  demam BBW tapi rupanya tetap panas..

I nak nasihatkan kepada sesiapa yang nak ke sini..Jangan lupa bawa luggage sebab kalau bawa plastic je memang letihlah nak pegang buku yang Berat n banyak.. I bernasib baik bawa stroller so Dina I dukung n buku letak je kat stroller.Senang..

Bila jejak kaki ke dewan MIECC je memang rasa excited sebab anak I lebih dulu berlari nak cari buku bacaan diaorang..Berebut masing masing cari buku..Tujuan datang ke BBW memang nak cara bacaan baru untuk anak anak ni..
Kalau tengok harga n kualiti yang dijual memang tahap gaban.Murahhhh n berbaloi..Mana nak dapat buku yang baik kualitinya n bagus dengan harga RM2 -10.Berbaloi untuk I n famili beli buku dari luar negara dengan harga yang begitu murah..Sesiapa yang datang ke BBW pasti tidak akan kecewa banyak buku yang dijual.

Buku masakan,travelling,buku kanak kanak,fiksyen n non fiksyen,lukisan n macam macam.Ni lah pesta buku yang terbesar n termurah sepanjang tahun..Rugi tau kalau tak pergi ke sini..

Pukul 12 mn kitaorang da rasa letih n rasanya perlu stop dulu membeli n perlu sambung esok hari sebab tak puas mencari buku..Anak anak I bila janji nak datang balik lagi suka diaorang..
Tak rugi pun bawa anak n family ke sini walaupun dina belum tahu membaca tapi dia lebih peka dengan corak,warna yang ada pada buku tersebut..kalau rasa rugi belikan satu je dulu jangan mendesak diaorang untuk membaca..

Rabu, 10 Disember 2014

Roti Manis Berinti Coklat

Hai semua!!!

Cuaca sekarang ni kejap panas kejap hujan buat perut I terasa lapar jer..anak anak pulak cuti sekolah memang macam macam permintaan yang dibuat..Nak kek coklat lah nak icecream lah kalau disuruh bagi senarai yang diaorang nak makan memang tak terlayan..

Rasa macam nak pajak je kedai yang jual makanan yang mengikut selera anak anak ni,senang tak payah masak,tak payah nak menguli semua tu...HIHIHIHIHI kalau lah boleh kan tapi memang tak boleh lah mana ada kedai yang nak buat ikut selera anak anak I ni..Tak mungkin terjadi..So sebagai ibu yang memang dari azali tak tahu nak menguli la ni da tahu sedikit sebanyak bab roti, walaupun ada banyak lagi kekurangannya..Tapi yang penting semua permintaan makanan yang anak ni minta I akan tunaikan janji kenyang.Walaupun tak sesedap mana pun..

Hari ni teringin nak buat roti manis berinti coklat..Haaaa nampak sedap n menarik ada coklat pulak dalam roti..I suka sangat guna resepi dari Kathy Kay ni sangat mudah n tak ada lah banyak barang yang diperlukan..Semuanya bahan asas untuk membuat roti..Kalau sesiapa yang teringin nak buat Roti Sarang Lebah pakai resepi Kathy Kay ni pun da sedap.Tapi kalau nak cuba resepi dari tuan punya asal Roti Sarang Lebah dari Kak Lydia Honey pun boleh..Masing masing ada keistimewaan tersendiri..Resepi coklat ni lak I baru belajar dari kawan Fb Lynn Mut dia ni pun buat roti sedap n bercorak corak n semesti membuat I rasa nak mencuba resepi coklat dia ni..

Jom ke dapur n mulakan adunan

Sumber: Kathy Kay
Resepi: Roti Manis /Roti Cheese/Roti Bijan

Bahan bahannya:
3 1/2 cawan tepung gandum
1 paket yis
4 sdb gula
2 sdb susu pekat
2 sdb planta
1 bj telur

Cara caranya:
Bancuhkan yis dengan air suam sehingga berbuih
Setelah yis berbuih curahkan sedikit demi sedikit ke dalam tepung.
Masukkan semua bahan diatas dan uli sehingga menjadi doh yang lembut
Rehatkan sehingga menjadi double
Bila jadi double tumbukkan dan uli sekali lagi
Bentukkan bulat bulat kecik
[masa ni boleh isi filling coklat kalau taknak letak coklat buat roti biasa je]
bakar api atas bawah suhu 150
Atau sehingga kekuninggan 


Sumber; Lynn mut 
Resepi ; Inti coklat 

2 petak coklat makanan 
1/2 tin susu cair 
1/2 cawan gula 
3sdb tepung jagung
11/2 cawan air

Masak atas api sampai likat 



Selamat Mencuba 
atas bawah at 

Resepi Sambal Totok (Sambal Hijau)

Hai semua!!!!

Macamana hari ni semua sihat,ye lor dengan keadaan cuaca yang tidak menentu ni kesihatan kena jaga jugak.Semalam pergi kedai nampak ubi,terliur pulak nak mkn ubi rebus n dalam kepala  ni memang nak buat sambal totok boleh buat makan sarapan pagi nanti..Pagi tadi rebuslah ubi tunggu punya tunggu kenapa lah ubi ni tak lembut keras semacam je ni.Sebenarnya I memang tak pandai nak pilih ubi kalau nampak ubi jer terus amik xdanya nak tahu elok ke tidak..Tak pasal kena ubah pulak menu sarapan pagi tadi..Jadilah lempeng kosong yang dicecah dengan sambal totok..

Sebenarnya sambal ini I tahu pun dari kakak ipar I.Dia yang buat masa kat rumah I dan sambal ni tersangat mantop n pedas memang sesuai untuk selera jawa.Orang jawa ni kalau tak pedas tak kick..Kenapa dipanggil totok yang tu I tak pasti mungkin sebab dulu tak ada blander n cuma ada lesung batu untuk diketuk sebab tu di panggil totok..cuba sebut betul2 totok totok totok..hihihihi..

Tapi bila peredaran masa berlaku, totok da tak sesuai untuk diletakkan nama komersial so terciptalah nama sambal hijau..Agaknya lah kot sejarahnya itu..I pun tak berapa pasti tapi yang pasti sambal ni memang sedap,sentap,pedas n terbaik..

Jom kita ke dapur n mulakan masak sambal totok..

Sumber : Pn NorAzlinda Harun
Resepi: Sambal Totok

Bahan bahannya:

1 genggam cili api ( kalau nak pakai cili api kg lagi menangis)*
3 biji bawang merah *
5-6  biji bawang putih*
Sedikit belacan*
Ikan bilis
Asam jawa
Garam
Gula
Kiub ikan bilis
2 biji bawang merah dihiris

Cara caranya:
Goreng ikan bilis kemudian ketepikan
Blander kesemua bahan yang bertanda *
Tumiskan hingga naik minyak
Letakkan air asam jawa,garam,gula n pati ikan bilis
Bila da pekat sikit masukkan 2 biji bawang merah yang dihiris
Biarkan sebentar hingga layu sikit
Angkat n taburkan ikan bilis goreng

Siap untuk dimakan n sediakan air yang secukupnya..Ia pasti membuatkan anda rasa mengalir air mata..

Selamat mencuba resepi jawa ni...

Isnin, 8 Disember 2014

Tekanan Baru Bermula

Assalamualaikum semua..

Pejam celik da nak masuk tahun baru rasanya baru semalam berpindah balik dari Vietnam ke Malaysia..Emmm terasa indah tinggal di Vietnam tapi apa kan daya cuma sekejap sahaja disana..Tahun baru ni boleh lah sambut di negara sendiri..Terasa sekejap jugak bila anak anak da mula menjejakkan kaki ke sekolah yang sebenar..Kalau dulu anak anak cuma bersekolah 2-3jam sehari tetapi tahun depan anak anak akan ke sekolah selama 8jam( ni yang masuk ke sekolah rendah n sekolah agama).Terasa lama n pasti terasa sunyi tanpa anak anak riang di rumah..
Bermulalah langkah baru n strategi yang baru untuk anak anak ini melangkah ke alam persekolah yang lebih teratur n membentuk diri lebih berdisplin.Mulanya rasa seperti tidak percaya anak anak akan ke sekolah sebab perasan nya anak ni masih kecik n perlu dipinpim ke mana sahaja..Terasa takut,sedih,n pastinya gembira bila anak yang kita jaga akan dilepaskan untuk belajar berdikari,cara memimpin n membentuk peribadi yang baik..Banyak kali I tanya dengan anak anak ni tahu ke kenapa perlu ke sekolah n jawapan yang pasti dari anak I semestinya bermain dengan kawan baru,main mainan baru,tunjuk beg baru,stationary baru..semua baru..Itulah yang ada dalam kotak pemikiran diaorang..
Tapi I tak boleh nak marahkan diaorang sebab di Vietnam anak anak bersekolah di international school n untuk umur seperti mereka memang anak anak tidak diajar untuk belajar tetapi diajar untuk menampilkan diri,menonjolkan diri dari seorang yang malu kepada lebih berani,mencipta sesuatu yang kreatif n belajar berkomunikasi dengan pelajar lain walaupun ia cuma percakapan itik n ayam ( bila malaysia bertemu korea ) mulalah seisi macam tu..hihihihihi..
Tapi di Malaysia anak anak sudah diberi latihan,spelling,ejaan n homework...ada bagus n tidak nya disini dan I bukan cakap tak bagus atau kacang lupakan kulit sehingga terlupa dulu pun I mengalami situasi yang sama..Masa tadika kena belajar mengeja kena kenal abjad n nombor..Bayangkanlah dari umur 5thn I da kenal belajar semua bila tak tahu akan ada perbezaan kelas semasa persekolahan yang sebenar nanti..Ini mungkin akan membuat tekanan kepada anak anak n belum lagi dengar bingkisan hati dari ibu n abah..Ibu bapa mana yang tidak mahu anak anak berjaya tapi jangan sampai anak anak ni terasa boring n kecewa untuk ke sekolah..Dan lebih memeranjatkan  umur 7tahun da belajar Sains..I tahu pun masa pendaftaran persekolahan anak I.Terkejut n terkedu sekejap kenapa umur sebesar jagung ni perlu belajar Sains bukan ke tu mata pelajaran Menengah..Teruknya I tak tahu semua ni..Malunya....Sebagai seorang ibu I kena tahu apa yang anak I akan belajar sebab I pun tak nak tertinggal apa apa yang penting untuk anak I..Anak anak ni akan diberi tuisyen SAINS,MATH..Terbeliak lagi mata ni..Perlu ke darjah satu pergi tuisyen..Boleh bawa ke???Bl masa I nak bergurau dengan diaorang n sapa yang nak buat bising kat rumah ni.Kenapa anak anak I ni cepat betul membesar..Terasa nak lambatkan pengakhiran tahun 2014 ni..I akan rindu saat diaorang ni buat bising,terjerit jerit n bergaduh di rumah.Rasa kesian dengan anak zaman sekarang banyaknya yang diaorang perlu lalui n I harap anak anak ni lebih bersikap positif.Bukan mudah nak mengajar anak anak ni sebab anak I jenis aktif.I harap semoga semuanya dipermudahkan..
Ibu ibu diluar sana pun kena belajar cara nak tackle balik anak anak ni supaya tak rasa tertekan semasa belajar n ni lebih kepada diri I untuk lebih positif mengajar anak yang aktif.Zaman sekarang corak pembelajaran banyak perbezaan n sebagai parent jangan terlalu memberi tekanan dalam akademik tapi selitkan jugak cara didikan agama yang berterusan.

Khamis, 4 Disember 2014

Ragam anak yang Manja

Hai Semua!!!



Pernah tak sesapa diantara ibu ibu diluar sana menghadapi situasi macam I ni..Anak dara I ni jenis manja yang amat n susah nak letak kat bawah..Nak bagi duduk pun susah..Dulu I ingat mungkin dia jenis penakut tak boleh tinggal seorang tapi bila ada abang dia pun Dina tetap tak nak berenggang tetap nak berdukung.Sesiapa yang pernah mengalaminya mungkin tahu macamana situasi I ..Dulu I memang teringin nak ada anak perempuan rasa macam nak tatang minyak yang penuh,taknak dia bagi manja dengan orang lain..Biar semua I yang uruskan dari A to Z tapi bila macam ni I rasa nak letak dia kat nursery biar dia campur dengan orang lain..Bukan maksud I tak sayang kan dia tapi letihnya..Tangan ni rasa nak patah tapi nasib baik tak patah lagi cuma perasaan letih yang melampau..Tangan kiri I memang secara automatik akan dukung Dina tiap kali dia nangis,tangan kanan pula sibuk nak mengemas,memasak menyidai baju...Haaaaaah jangan tak percaya I boleh buat semua tu dengan satu tangan n sebelah lagi mendukung DINA...Kalau tak diangkat nak tahu apa Dina buat dia akan gigit kaki I n bila kaki da kena gigit mestilah ibu takut kena gigit lagi kan so terpaksa dukung jugak si kenit ni kemana sajer.Terasa nak amik maid tapi bila pikir nanti kasih sayang anak anak berkurangan niat hati tu terkubur disitu saje..Ada bagus jugak dapat macam ni sebab badan leh kurus ni pun kira exercise jugak...Hihihihihi
Ye lor time haiqal naufal I sibuk bekerja tup tup anak da besar so mungkin ni balasan yang I dapat.Seronok jaga anak anak ni,walau diaorang nangis,bising,bergaduh sesama sendiri tapi tu lah suasana yang tak boleh dilupakan.Pernah bertanya pada husband boleh ke anak anak kita ni menjaga kita bila da tua..Sebab masa I kerja sebagai Nurse macam macam ragam yang dapat tengok.Tinggalkan ibu ayah di hospital macam wad tu tempat kebajikan,ni semua pengalaman bukan semua anak yang macam tu,ada jugak yang take care tapi cuma hantar pamper n biskut kering kemudian cuci beraak ibu di biarkan nurse yang buat,bila disuruh belajar tukar pamper alasan yang kerap diberi saya tak tahu nak buat lagi pun pamper tu saiz besar.Sesapa yang jadi nurse da tahu pun jawapan nya tapi bila korang lihat muka si ibu diaorang mesti nangis sambil ketap bibir.I tak tipu ni semua pengalaman,terasa nak peluk makcik tu tapi apakan daya.Macam macam sekarang ni time ibu n ayah hidup lah kita balas jasa mereka tanpa mereka siapa lah kita.Apa pun kita sebagai ibu akan melakukan yng terbaik untuk anak tapi mengira penat lelah..Dan sebagai ibu doakan yang baik untuk mereka..Untuk anak I yang Dina ni I harap dia lepas ni lebih berani n tak kuat menangis,sebab ibu pun da terasa tua untuk berkejar kejaran dengan rutin harian.


Wasalam..Love u mak n ayah...n my husband too 



D Hotel di Sri Iskandar Perak

Hai semua!!

Bulan lepas I n famili ada ke Sri Iskandar Teronoh,Perak..Biasanya kitaorang ni kalau nak pergi ke
Sri Iskandar mesti kena stay kat Ipoh sebab kat Sri Iskandar takda hotel.Dan bayangkan Teronoh dengan Ipoh kan masa 45min ke sejam..Kesian kat husband kalau ada kerja di Teronoh terpaksa berulang alik dari Ipoh..Tapi bulan lepas ktorang rasa teruja sangat sebab tak sangka ada hotel yang moden n cantik di Teronoh..Sudahlah cantik banyak pulak kemudahannya..Ok hotel yang I n famili stay ni namanya Dhotel..Walaupun ia jauh dari Ipoh tapi hotel ni tidak kurang hebatnya dengan hotel hotel di Ipoh..Tak percaya...Hotel ni sebumbung dengan Mall..Kalau kat Ipoh glamour ngan Aeon tapi di Teronoh Billion ni da cukup glamour..Hotel ni pun berdekatan dengan kedai kedai makan yang sedoooop n pasaraya yang besar macam Tesco..Hah sesapa yang tak pernah ke Teronoh boleh sendiri tengok perkembangan pesat yang ada kat sana..Di bandar Teronoh ni jugak terdapat universiti popular macam Universiti Teknologi Petronas n UiTM..

Kita bebalik ke cerita Dhotel ni..Nama pun hotel baru memang selesa sangat biliknya,swimming pool yang besar ( untuk anak pun ada yer)..Disebalik hotel yang penuh dengan bilik,bilik mesyuarat, hotel ni jugak tak lupa dengan konsep taman.Walaupun tidak sebesar mana tapi ia cantik n terjaga..
I kalau g mana- mana hotel yang I suka cuba rasa masakan hotel tu..So peluang yang ada ni I cuba rasa sarapan pagi di Dhotel ni..I memang suka sangat konsep diorang ni masakan semua memang nampak kemelayuan..Pagi pagi da disajikan dengan jemput jemput udang yang panas..Memang berebut orang siap beratur nak rasa jemput jemput udang n memang terbaik layanan diorang..
Lepas makan apa lagi kita swimming la sama dengan anak anak..Swimming pool diorang ala ala hotel Marine Bay Hotel di Singapore tu..Hihihihihjhi...Cuma pemandangan kat bawah tu bukan laut tapi kedai langsir...tapi not bad kalau ia di teronoh tetap nampak cantik..
Kalau korang boring boleh je g Mall sebelah n kalau tak silap ada transit terus ke Mall..Depan Dhotel ni da macam Nilai3 banyak kedai langsir..tapi mungkin tak sehebat Nilai3.Nak ke Tesco pun dekat jer dari hotel ni..Kalau rasa nak ke sini n takut tersesat I nak bgtau uollls akan nampak Mcdonald Sri Iskandar kemudian belok ke kiri n cari Billion Mall di situ korang akan jumpa dhotel...
Selamat bercuti n I harap ni dapat membantu uolls untuk mencuba sesuatu yang baru...I bg sikit picture dhotel untuk tatapan uolllsss

Rabu, 3 Disember 2014

Resepi Sup Wantan Berenti Daging

Hai semua!~~~
Sudah siap makan tengahhari lum?Masak apa hari khamis yg sejuk belaka ni..hihihihi..Ye lor musim cuti sekolah n musim hujan adakalanya malas nak masak rasa nak relax je sebab anak2  cuti ibu2 pun patutnya ada cuti rehat jgk..Tapi itu semua tak mungkin berlaku,kalau berlaku pun cuma rehat 2 3 jam jer lepas tu kena terusk
an rutin harian..
Hari ni nak kongsi resepi yang senang tapi susah nak cari..Macam suspen jer...Sebenarnya nak cari kulit Wantan jer pergi ke Hero takda pergi Giant pun takda(sebenarnya ada tapi tak nampak)Hihihihihi..Akhirnya dapat kulit Wantan kat Giant depan rumah jer..Nanti I tunjuk picture Wantan..
Hari ni kita belajar membunjut..Hihihihihi

Bahan bahan nya:
Untuk Wantan:
Beberapa keping kulit Wantan
Daging cincang # ( nak letak udang/ isi ayam pun boleh )
Lada sulah #
Sedikit garam #
(Semua yang bertanda # perlu ditumbuk lumat)

Untuk Sup:
Bawang Merah
Bawang Putih
Sedikit Halia
1 Sup Bunjut
1 Kuib Ikan bilis
Sedikit Garam
Daun Ketumbar /Daun Sup
Bawang Goreng

Cara caranya:
Isikan kulit Wantan dengan isi daging yg telah ditumbuk
Kemudian buat bentuk bunjut ( tak perlu gunakan telur untuk lekatkan cuma sedikit air)
Ketepikan Wantan
Tumbuk bwg putih,merah dan halia
Masukkan dalam periuk (tak perlu guna minyak)
Letakkan kuib ikanbilis,sup bunjut
Masukkan air dalam 4cawan n merenehkan sekejap
Letak garam
Masukkan Wantan
Letak daun sup n bawang goreng
Sedia untuk dinikmati bersama nasi panas..
Sluuuurrrrppp....

Selasa, 2 Disember 2014

Resepi Fucuk Goreng Berinti Ayam

Salam semua,sihat..

Tiap hari bandar Shah Alam ni hujan tak kira masa.Kesihatan pulak perlu dijaga bukan diri kt saja tau ibu2 sekalian tapi diri orang yang kita sayang..Barulah hati rasa tenang dan bersyukur dapat merasai kehidupan harian yang lebih baik..
Hari ni masak apa ek n ada resepi yang kita boleh kongsi tak?
Hari ni I masak simple tapi sedap n perut kenyang hati girang..
Pernah dengar Fucuk Goreng Berintikan Ayam..Haaah hari ni I nak kongsikan satu lagi resepi dari sahabat Fb kak Yati Mohd..Uooollls kalau tengkok fb dia ni jer da terliur nak makan sama ngan famili dia..hihihihi..
Jom kita ke dapur n mulakan memasak..

Bahan bahannya:
Fucuk dipotong 5-7bhg
Soohun (yg ni I tambah sendiri)
Isi Ayam
Lada sulah
Garam
Cili api

Cara caranya:
Isi ayam ditumbuk sehingga lumut
Campurkan garam sedikit n lada sulah,kemudian tumbuk lagi
Ketepikan bahan tersebut
Rendam soohun ( optional )
Rendamkan fucuk kemudian dipotong 5-7bhg
Lapkan fucuk tersebut dengan kain atau tisu
Ambil isi ayam yang telah ditumbuk n letakkan sedikit di atas fucuk
Ambil soohun n cili api letak bersama2 ayam td.
Kemudian balut fucuk
Panaskan api n goreng fucuk tersebut

Sedia untuk dimakan dengan nasi panas..Auuummm