Hai semua!!
Bukan mudah ye nak dapatkan balik berat badan yang ideal seperti sebelum kahwin..memang susah kalau dulu I sibuk nak menggemukkan badan sebab malu terlalu kurus la ni berlaku sebaliknya..Nak beli baju yang kita suka pun kena pikir 3 4 kali sebab berat badan da naik..Masa mula2 jadi housewife ni berat badan I naik mendadak dari paras yang ideal ke overweight nasib baik tak sempat jejak ke obesity lagi..Mana taknya tak da kerja nak buat takda masa yang nak dikejar,tak macam dulu nak makan pun kena pikir patient,medication,intervention..Semua berubah bila da gelar housewife..Berat badan naik,dagu berlapik macam 14 tingkat..Malu sangat...Tapi bila difikirkan balik salah diri sendiri ialah sedap bebenor duduk umah tak buat sebarang aktiviti sihat..Bila da gemuk baru nak malu..So hari ni I nak kongsi sikit macamana I leh kurus balik dari overweight ke ideal semula..Tips I ni tak memerlukan pengeluaran duit yang banyak cuma perlu masa untuk kembali asal..
1..Air Putih
Ramai yang tahu kan air putih takda sebarang kalori n perlu diambil sebanyak 2-3liter sehari..selain tu eye bag kat bwh mata tu boleh hilang.kulit pun cantik tak nampak kering.
2..Air Detox/ Green Tea
Yang ni I suka sebab dapat bantu membersihkan usus I..Yang suka sembelit memang patut cuba..Kalau tak suka green tea buatlah detox campur lah lemon ngan serai ke..atau lemon + oren,strawberi + kiwi..ikut korang bab detox ni..
3..Aktiviti
Bab aktiviti rumah ni surirumah memang terror buat..Menyapu,mengemop,cuci toilet semua tu dapat mengeluarkan peluh..Sah2 lah banyak peluh yang keluar..
4..Buah Buahan
Banyakkan ambil buah yang tinggi zat besi n fiber..
5..Diet Atkien
Diet ni mudah jer boleh dibuat semua benda yang berprotein n berfiber boleh dimakan..Tapi semua jenis karbohidrat memang tidak dibenarkan..I nak nasihat sesiapa yang menyusukan bayi lebih baik jangan buat..
6..Senaman
Buatlah senaman macam lari setempat,star jump,ataupun berjalan kaki..semua ni untuk jantung kita jgk..
7..Puasa
Puasa ni mmg terbukti keberkesanannya.Selain mendapat pahala dapat jugak kurangkan makan..seminggu buat 2kali kalau terasa berat seminggu sekali.
8.. Pakaian
Kenalah pandai dalam memilih corak n warna baju,bg menampakkan diri kurus tapi bukan menjolok mata..no no no...
9.. Supplement
Yang berduit lebih sikit tu cubalah produk Supplement yang boleh membantu dalam penurunan berat badan macam Shaklee,L Armor,Garcenia Bunner.
10..Korset
Dengan korset ni pun dapat membantu menyembunyikan lemak kat badan n dapat mengurangkan selera makan
I pun masih lagi dalam proses menguruskan berat badan n ini hanya panduan untuk surirumah macam I untuk kurus tanpa mengeluarkan duit yang banyak..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan