Hai semua!!!
Time cuti hujung minggu ni rasanya macam2 nk buat..Nak makan ni nak mkn tu tp rasa malas nak g kedai nak kuar uma pun MALAS..
Hihihihihi..Jgn malas sgt nnti kelaparan pulak..Cek kat peti ais ada pulak bahan nak buat Pizza..Jadi apa lagi jom ke dapur n mulakan aktiviti membakar pizza..
Bahan utk roti :
3 cawan tepung gandum
2 sdt gula
2 sdt yis
1 cawan air suam
1/4 minyak
Sedikit garam
Topping Pizza :
Sos Prego ikut selera masing2
Sedikit rempah kari (optional)
Bawang Holand ( dipotong dadu)
Cendawan dihiris
Isi ayam
Hot dog dihiris
Hirisan lada benggala
Lada sulah
Serbuk oregano
Keju parmesan ( keju chesdale pun leh lps tu sagat halus)
Cara caranya :
Satukan yis dan gula dalam air suam sampy ia berbuih..
Letakkan tepung dalam bekas bersama sedikit garam n kacau..
Lubang bhg tengah tepung n camporkan minyak n air suam yg berisi yis n gula td kemudian jdkn ia doh
Biarkan seketika sehingga doh tu naik 2x ganda
Bahagikan doh tersebut menjadi 2 bhg atau bergantung pd oven uolls
Letakkan minyak ke atas dulang pizza tersebut
Bentuk kan pizza menjadi bulat
Tekan sdkt sms bentuk kan pizza tersebut
Amik garfu n cucuk kan pd pizza tersebut utk perudaraan
Letakkan Sos Prego atas pizza n sedikit rempah kari (optional)
Taburkan bawang holland
Susun hot dog,isi ayam,cendawan,lada benggala
Letakkan lada sulah,oregano
Taburkan keju
Bakar kan pizza tersebut ke dlm oven dalam ms 20min suhu 190'
Tiada ulasan:
Catat Ulasan