Sabtu, 4 Januari 2014

Shopping.. Shopping di Ho Chi Minh (Ben Thanh Market)

Salam.. 
Alhamdulillah diberi kesempatan untuk menulis blog lagi pada hari ni..Hari nie ada topik yang best tok kaum wanita,kaum adam pun suka gak tp ni semua lbh kpd gegurl jer.Tak caya tanyalah ibu2 aku tu ni lah tempat diaorg bershopping..Betul tak mak!!!!! ('',)

Kat Ho Chi Minh nih kalau tak gi shopping mmg tak sah. Kalau tak percaya cuba jalan2 gi area2 market nak dikatakan tiap2 ari ada org msia.. kalau tak nampak org2 malaysia bershopping mmg bukan Saigon namanya. Ada org siap bawak beg / luggage sebesar ampun keliling bandar utk masukkan barang belian kat pasor..Sampay terasa duduk di Msia bukan di Vietnam...Aduuuuiiii..

Kepada kakak2,adik2 ku sekalian hati2 yer semasa bershopping kat sini jgn bw byk sgt duit tu,tkt ada yg mgintai dr sblh.

Aku nak citer dari market yg terkenal di Vietnam ni xlain x bukan 'Ben Thanh Market' nm mcm Ben 10 kan..hihihihi..Kat sini semua ada dari brg pasar hingga kering,dari pakaian n handbeg yg xda jenama hingga berjenama semua pd harga yg bpatutan selagi kauorg pndai tawar menawar lg best..
Tapi jgn melampau sgt tawarnyer tu, kurang lebih separuh harga dr brg tersebut masih boleh lagi.


 Yg kat atas tu lah Ben Thanh market tempat dia mcm jalan penggaram kat batu pahat jer (sape yg dok bp tmpt tu mmg popular) tapi berganda2 lagi best dan besar. Tmpt yg besar dan byk lorong2 menjual brg, pastikn jgn sesat taw. Kat dlm ni mcm2 neka jualan ada dijual. Klu sehari tu mmg x cukuplah tok wanita2 diluar sana.Mn nak g kdai kain,kedai alas meja,kedai baju,gerai kopi n semualah ada.Tengok jer lah gmbar ni penat nak bgtw.

Utk pengetahuan semua, Ben Thanh nih ada dua sesi.. Satu Sessi pagi (kat bahagian dalam market yg besar tuh), dan satu lagi sessi Malam (lepas pukul 7 ptg).. Yg sessi malam nih, lebih kurang macam pasar malam..

Sebagai tips, kalau nak beli2 barang kat sini, tak perlu risau sgt, sbb kebanyakan penjual fasih berbahasa melayu (sebutan, Malaii) atau pun English. Dan kebanyakan kedai pun boleh accept Ringgit Malaysia dan juga Dollar.. Dong tu sudah semestinya. (1 RM = 6000 Dong (lbih kurang).

Nak share2 skit apa yg ada kat sana.. Ni baru sikit je nih.. kat dalam market tuh bykkk lagi yg aku pun tak explore.










Seronok tak? JOm g sini..

Ok nanti kita sambung lagi ke kedai Taka Plaza,Saigon Mai n lain2

Makan-Makan di Ho Chi Minh .. Part 2


Jom kita sambung balik pasal makan2 di Ho Chi Minh nih.. Yang ni part 2.. tapi tak bermakna restoran2 nih kurang best.. Cuma kitorang discover and test kat restoran nih lambat sikit. 

1 - Restoran yg bawah nih, namanya Satay House restaurant. Nampak tak gambar kat belakang tuh, owner dia bergambar ngan Cik Maria Tg Sabri (masa tuh Cik lagi kot).. Disebabkan nama dia Satay house, mmg kitorang order satay.. plus nasik goreng and lain2. Not bad la jugak rasanya. 

Restoran nih, terletak tak jauh dari Ho Chi Minh International Airport... Alamat restoran nih.. 307/25 Nguyen Van Troi Street, Phu Nhuan Ward, Ho Chi Minh 




2 - Yg nih.. restoran Vietnam Delights. Alamat restoran nih: 174 Le Lai Street Dist 1, Ho Chi Minh.. Kitorang makan kat sini pun sbb nak try.. Well, try sekali je, lepas tuh tak pergi lagi. Bukan apa, harganya agak mahal.. tapi rasa makanan not bad jugak.. My hubby order Pho Bo.. sedap jugak. 






3 - Kekadang tuh.. mengidam jugak nak makan Makcik Anne punya pretzel.. kat Malaysia tuh kat mana2 boleh dapat.. and dah jumpa tuh .. kena beratur panjang.. tapi kat Vietnam nih.. kosong je kedai Makcik Anne nih.. Tapi setakat ni kitorang discover ada dua tempat je jual Auntie Anne's pretzel nih.. Satu berhampiran dengan Ben Thanh market.. satu lagi berhampiran dgn tempat keje hubby ku..


Tu muka org lapar nak makan pretzel.. kesian dia.. 

4 - Sesekali tu teringin jugak nak rasa roti canai,roti naan dan capati. Kalau kat Malaysia.. nak makan jek.. pergi mamak sekangkang kera dari rumah.. order jek kat annei tuh..  tapi kat sini.. nak makan roti canai kena catu skit.. sbb arga sekeping tak la semurah di mapley kat Malaysia.. 

Salah satu restoran peberet kitorang, Tandoor house. Tempat dia agak exclusive.. ala2 fine dining lagi. Cozy jek..  

Alamat restoran nih: 4/6 Hai Ba Trung Street, Ho Chi Minh City



5 - Yg terbaru kitorang try ialah Citarasa Malaysia. Makanan sini not bad, selalu kitorang order, ikan siakap tiga rasa, sup ayam mantap, ayam kunyit.. setakat nih.. restoran ni menepati 'Citarasa Malaysia' kitorang. huk huk.. Lokasi restoran nih pun not bad, di tgh2 bandar HCM, tak jauh dari Ben Thanh market. Area2 byk pelancong luar.. terasa macam pelancong youuu.. 

Alamat restoran nih: 175/16 Pham Ngu Lao, Pham Ngu Lao Ward, District 1



Byk lagi actually tempat2 makan yg kitorang cuba.. nanti lah update lagi.. Bagi review restoran2 ni pun pendek2 jek.. sekadar nak berkongsi.. Kalau nak tau lebih lanjut boleh la email yek.. 



Jumaat, 3 Januari 2014

Makan-Makan Di Ho Chi Minh!

Salam Semua, 

Mana2 kita pergi mesti benda pertama nak carik ialah tempat makan. Lagi2 kita ni islam kan, jadik kena lah cari restoran2 atau cafe2 yg sesuwai untuk kita.. Halal gituu.. 

Secara amnya makanan halal kat Ho Chi Minh nih agak banyak.. Tapi dari segi harga pun agak 'banyak' jugak. Katakan kita makan 'pho' yang kira sama dengan mee hoon sup kat Malaysia, harga kat kedai halal HCM nih lebih kurang RM10-15.. kan ke mahal tuh.. kalau dekat dgn rumah mak aku di kampung, harga RM3 jek!!.. 5 kali ganda youuu.. 

Tapi makan tetap makan.. jom kita tgk apa gerai2 halal yg kami boleh rekemen.. tapi selera masing2.. Tepuk dada tanya seleraa.. 

Yang nih D'Nyonya Restaurant, berhampiran dgn Masjid jalan Dong Du. Service cepat, rasa makanan not bad at all, and owner very friendly.. Tapi recently ada sikit price hike.. mungkin sbb byk bahan mentah di import dari malaysia.. jadi harga barang kat Malaysia naik.. harga sini pun naik jugak.. 



Yang ni Halal @ Saigon.. Berhampiran sgt dengan D'Nyonya.. seberang jalan je. Harga and rasa tak jauh beza dgn D'Nyonya.. Tapi kami lebih suka makan di D'Nyonya.. Mungkin sbb lebih kurang sesuai dgn tekak nih haa..


Yang ni plak destinasi breakfast yang menjadi kegemaran kami.. Com Tam (Nasi Daging) di Truong Sa.. Daging tuh dia salai and bbq sebelum di serve bersama nasik (pecah2).. lebih kurang macam nasik lauk daging.. tapi unik styleVietnam..

 



Kita bersambung lagi di episod Makan-makan akan datang.. Penat dah tangan nak menaip..









Percutian Di Mui Ne ( Phan Thiet) Vietnam

Xin Chao..

Assalammuallaikum semua..Alhamdulillah semoga hari ini bertambah rezeki yg halal dan kesihatan yang baik.

Semalam da bercerita ttg Vung Tau ari ni nak berkongsi pulak pengalaman pergi ke Mui Ne..
Dari HCM ke Mui Nee ni jaraknyer 200km lebih sikit,klu kt dari KL ke Seremban.Kat Malaysia KL-Seremban 2jam da sampy,ni untungnyer dok Malaysia. Ada highway yg hebat,silap ari bulan leh smpy sejam jeer..tapi berlainan pulak di Vietnam jarak yg mcm tu leh cecah sampy 4-6jam..Serius sakit punggul aku ms tu dalah preggy 36wks tinggal 3weeks je lg nak bersalin.Tapi takpe jalan punye pasal aku n famili redah jgk.Had laju kereta pulak tak boleh lebih dari 80/km sejam...Adooiiii..Sepanjang perjalanan ke Mui Nee kauorg akan nmpk 'Dragon Fruit Farm',kebanyakan penduduk kat sini tanam buah dragon ni..

Setelah penat mengharungi jalan yg jauh akhirnyer kami smpy ke Mui Ne..


Mui Ne - Sebuah pantai yang cantik dan damai yang terletak di Phan Thiet..Mui Ne mcm Langkawi lah style dia..Kat sini byk jgk tempat bersejarah diaorg mcm tempat kelahiran Ho Chi Minh nih...,Bila  Sand Dunes,Duc Thanh School. Banyak jugak tempat hebat kat sini..Tapi kalau da pergi sini jgn lupa pergi red sand dunes terasa diri di negeri Arab dengan angin yg sepoi bahasa...
Kat sini ktorg duduk di hotel 'Cham Hotel' hotel ni ala ala Bali. Memang marvellous..
Hotel ni bersebelahan ngn Bamboo Hotel.












Kat sini kedai halal memang xda yang ada cuma seafood sahaja dari pihak hotel,nasib baik ktorg sewa kereta jd leh bw brg dapur sekali n jgn x percaya lak kami bawa dapur ke sana n masak sardin dlm blk..Klaasss kau jah...abis satu bilik bau sardin pedulilah yang penting perut kena isi gak.Segala mala brg mentah aku bw xnak bg ank2 n suami lapar.




Pantai ni mmg best cantik dan bersih, kekadang tu nampak jugak jelly fish kat tepi2 tuh.. tapi overall, mmg nice experience.. walaupun memikirkan another 5 hours journey balik ke HCM!!..