Isnin, 30 Disember 2013

Percutian di Vung Tau Vietnam

Assalamuallaikum semua..

Syukur alhamdulillah diberi kesihatan dan kesejahteraan yang baik pada hari ni.
Hari nie nak kongsi sikit tentang tempat percutian yang menarik di Vietnam,selain dari Sg Mekong,Chu Chi ( kat sini panggil GUCCI) Vietnam pun ada tempat yang menarik tapi semua jauh dari bandar HCM.
Diaorang pun ada tempat percutian yang hebat macam Vung Tau dan Mui Ne..Setakat ni baru 2 tempat percutian ni yang aku baru pergi..

Vung Tau - Tempat yang dekat ngn HCM tp xdalah dekat sgt kena naik feri 'Vina Express'.Ok klu naik feri makan masa 1 1/2jam dari HCM ke Vung Tau klu naik bas makan masa dekat 3 jam.Klu sesapa yang mabuk laut mungkin amik bas tp aku 'suggest'kan amik feri jer sbb feri dia selesa.Klu naik bas kena paham2 sendiri ngn cuaca berdebu,jalan pun xteratur..Leceh sikit..
Vung Tau ni pekan yang cantik sbb dikelilingi ngn laut dan terasa macam dok kat Rio De Jeneiro pun ada, sbb kat pekan ni ada patung yang ala2 macam kat Rio.. yang terletak di atas bukit.Bolehlah buat ala-ala g sana..
Vung Tau ni xdalah sesibuk mcm HCM yang dipenuhi ngn motor n kesibukan orang meniaga di tepi jalan kat sini suasananyelebih tenang leh lah klu nak buat release tension..


Belum apa2 anak aku dah 'ngantuk'...

Sesampai je di jeti terus amik Mailinh Taxi n terus ke hotel.Hotel ktorg best sebab berhadapan ngn laut.Jadi petang leh bawa anak2 ke pantai.
Lepas berehat tiba pulak tok mkn tghari,biasanye bl dok ngra bukan islam ni semua bnda kena masak sndri jadi aku pun x ketinggalan masak sendiri lauk ktorg tghari tu capati,kari ayam,nasi lemak,sambal ikan bilis dan buah mangga...Amboiii selera org mengandung ms tu..hihihihi






Kat sini ada jugak kedai makanan islam nama nyer Viet An Halal Restaurant.Tak jauh dari hotel ktorg,masa nak keluar makan hujan renyai jadi perut lebih berkeroncong sikit.Masakan melayu champ kat sini mmg best tp spt biasa xda istilah pedas hirisan cili je diaorg bg kat kauorg.
Kat sini kalau naik taxi pastikan ada alamat penuh tempat yg nak dituju kalau tak mmg diaorg x paham bhsa kauorg.Kat sini aku bg alamat kedai makan ni sbb tempat dia bersih n selesa.




Viet An Restaurant,3/5Ly Thuong Kiet,Ward.3 Vung Tau.( Kauorg geti sebut) last2 hp ktorg driver taxi yg pegang sbb ktorg ckp lain dpd yg lain.




Pagi esoknyer lak ktorg g naik cable car,tapi cable car langkawi lagi tinggi ni pun tinggi gak dari tanah..hihihi..


Lps selesai naik cable car kauorg akan nmpk satu taman tema dan mini zoo yang cantik,memang sesuai bawa ank2 datang sini tp cuaca kat sini mmg panas.Kauorg leh masuk mini cinema 3D,naik kuda,taman bunga mini,taman burung n taman air tp yg ni masih renovation ms aku dtg mgkin sekarang da siap.Kat atas ni xda byran yg dikenakan sbb byran dikenakan sama ngn duit cable car.Tapi tak tau lak klu taman tema tu..Kat atas ni pun ada hotel tapi dlm renovation gak.Kat atas bukit ni xda kedai halal jgnlh kauorg cr yer..yg ada cuma icecream jer 'bedal' jer la jnji ada bnda yg blh di makan.Kat Vung Tau ni byk tempat menarik mcm Whale Palace dan Whale Temple tp kami kesuntukan masa jadi tempat2 tu tak dapat pergi..Oklah cukup untuk kali ni..Salam...






Ahad, 29 Disember 2013

Kelahiran Ketiga..

Salam semua....Syukur keatas Illahi diatas kesejahteraan kami sefamili di sini.

Mesti ada yang tertanya kenapa tajuk kali ni kelahiran ketiga? Berapa ramai anak saya yang sebenarnya hihihihi.....Sy ada 2putera yg ensem n seorg puteri yg cute..hihihi leh puji ank sndri lak..

Kali ni saya nak bercerite lak bagaimana sukarnye bersalin di negara orang lain tanpa bantuan ibu2 tercinta,hanya doa dari mereka yang ku harapkan.
Alhamdulillah aku dikurniakan seorg suami yang penyayang dan boleh membantu aku ketika dalam kesusahan.Pengorbanan dari sayang tidak terbalas dari ayang......
Ala jiwanglah pulak....hihihi tak pe kan sekali sekala..

Ok anak ketiga ku bersalin di FV Hospital Vietnam (France Viatnemese)  jam 12.56noon hari Isnin 16.9.2013 iaitu tarikh Hari Malaysia.Kali ni aku bersalin awal seminggu, 39 mgu aku dipaksa bersalin dan perlu pilih tarikh sblm genap 40 mgu ms tu cuma aku seorg ke klinik sbb suami aku temankan ank sulung kami eqal masuk ke hospital yang sama sebab 'Rotavirus'...emmm ms yg sukar ms tu kenape perlu di operate pulak aku niii..
Alasan yang diberikan oleh Dr Ngoc ms tu sbb aku da bt caesar ms ank ke2.Tp tu 3yr yg lps Doc!!!! tp alasan tu ttp tak diterima aku perlu sign consent operation ms tu jgk.Waktu tu terbayang wajah2 kesayangan hamba....
Sedih gak ms tu tp demi anak perempuan pertama kami, aku Redha ni semua da tertulis..Kau Maha Kuasa Ya ALLAH..

Sebelum ni semua berlaku,kami ada pergi ke majlis berbuka puasa anjuran dari syarikat suami aku jd kami berjumpa ngn kwn2 dari Malaysia yang tinggal di sini, ada byk soalan yg aku ingin tau dr mereka yg lama tinggal disini spt Hospital mn yg terbaik tok bersalin?ok ke bsalin di sini?mcmn layanan dari staffnurse disini?Tp feedback yang aku dpt sgt menakutkan ada yg srh aku blk je ke msia bsalin n pantang di Msia.Servis dan layanan pekerja di sini sgt teruk terutamanya hospital yg aku bgtw diatas.
Kalau kauorg dgr feedback mcm tu gerenti nak blk kan tp aku n husband tercinta bertawakal tok bersalin di Vietnam.Kami amik risiko tu..Uhhukkk!!!
Konon amik risiko tp kami bdua ada sbb ttentu tok bsalin di sini..

16.9.2013 pukul 830am aku n husband da bertolak dari uma ke hospital jam 12noon aku ditolak ke labour room.Sebelum ke ospital aku telah menelefon ibu2 tercintaku meminta maaf dan ampun,tak lupa adik bradik ku n ipar duaiku semua.Yang paling penting keampunan dari husband tercintaku.Mohd Fadzil Harun...Love u Sayang..

12.30 noon Dr Ngoc menanyakan kpd ku 'Are u ready'..Serius jwpnnyer tentu x ready saper yg ready nak buat operation perut dibelah dlm keadaan sedar.Aku wpun nurse tp da setaun xmgadap instruments semua tu mcm nak pecah kpla dibuatnyer.Dalam 10 min selepas siap tok di'operasi' suamiku menemankan ku dan melihat pmbdahan tersebut.Tepat 12.56noon anak perempuan kami yg pertama 'Azzalea Irdina' selamat lahir ke dunia ini..

Alhamdulillah syukur anak kami sihat dengan berat 3.58kg(nasib baik caesar)..dan segala tanggapan org ramai ttg keburukan hospital tu adalah tidak benar.Syukur kami mendapat layanan yg baik dri mula anakku eqal masuk ke ospital hingga aku pula yg masuk dan tinggal di ospital selama 5hari 4mlm di ospital tersebut.Mungkin ini dikatakan nasib menyebelahi kami.Ya ALLAH terima kasih atas semua dugaan Mu..Semoga kami tabah meghadapi semua dugaanMU dengan tabah dan Redha..AMIN...
Bermulalah pulak episod berpantang di negara org, pantang ker??? Kalau org tnye jwb je pantang tp tuan bdn sendri je yg tau,buat yg 'wajib' jer.Ada ker pantang yg 'wajib' jer...hihihihi...
Selepas sebulan 'berpantang' diVietnam giliran kami balik ke Malaysia klu dl berempat sekarang berlima..Kali ni xda istilah pantang lg tp da ada istilah baru Pantang Nampak!!!!!!!!YEEEEEHAAAA..





Sabtu, 28 Disember 2013

Setahun Di Vietnam

Bismillahirahmanirahim...
Syukur keatas Ilahi diatas kesejahteraan dan kesihatan yang diberi olehNya.
Ini kali pertama saya menulis blog sekadar mengisi masa yang terluang.
Terima kasih kepada suami tercinta kerana sudi membantu membuatkan blog yang tidak seberapa ini.
Untuk anak-anak ibu eqal,opal dan dina Ibu sayang kamu..


Hari ni genap setahun kami menetap di bandar Ho Chi Minh Vietnam,bukan mudah untuk kami sefamili serasikan diri di tempat orang.Syukur Alhamdulillah semuanye dipermudahkan.
Pada mulanyer kami menjejak kaki di bandar Vietnam perkara yang menjadi masalah bagi kami adalah bahasa mereka yg memeningkan kepala setiap abjad yang digunakan berlainan dgn sukukata yg di sebut,contoh nama jalan Dong Du akan dialit dalam bhsa mereka Dong Yu..itulah keunikan yang ada disetiap negara.
Tapi bukan itu yang saya nak kongsikan,kalau nak citer tentang bahasa vietnam sampai tahun depan saya masih tak pandai lagi.Cuaca di vietnam ada 2musim panas dan hujan dimulakan dengan pertengahan tahun.Cuaca panas disini berdebu tak mustahil kalau sesiapa datang ke sini akan lihat penduduk vietnam memakai baju sejuk,topi,mask,sarung tangan dan stokin tu semua pakaian wajib yg perlu dipakai terutamanya wanita 'jaga kulit tak nak gelap'.Kalau di Malaysia jarang kita tengok wanita memakai kasut tumit tinggi 3' bawa motor tapi di sini kesemua wanita vietnam berkasut tumit tinggi.kalau saya lah x sanggup nak pakai tumit tinggi mcm tu nsb baik kerja sy x memerlukan tu semua.
Kali pertama jejak kaki ke bandar ni benda yang menakutkan saya kenderaan diaorang,sebenarnya xda masalah pun kenderaan di sini tapi cara bawa kenderaan tu sangat menakutkan.Nama je ada trafic light tapi ikut suka kaulah labu nak ikut jalan mana pun janji x langgar orang da cukup baik.Kalau xcident pun diaorg cuma angkat moto dan 'blah' mcm tu bukan mcm kita nak insuran n report polis,selagi xda kecederaan teruk polis pun buat tak tau jer..xkuasa nak layan klu da motor mcm semut.Kereta perlu bhati hati dari motor klu tak calarlah keta dibuatnyer..kalau kauorg tak caya tgk youtube pasti gempak  dan padat motor disini...tak naklah citer lalulintas kat sini lagipun kalau kauorg marah pun diaorg x paham buat sakit hati jer...arggggh!!!!!

Kat sini taxi yang leh dipercayai rasanyer cuma 2company ni jer 'Vinasun & Mailinh' yg selebihnyer xpayah lah yer sebab saya pun pernah kena tipu abis duit aku masa tu nasib baik nak g makan kalau tak memang nak kena marah dalam bahasa jawa kau ni....(asal je johor tapi jawa x pandai)
Disini nak cari makanan halal senang saje cuma klik di laman web 'Saigonnezumi.com' macam-macam makanan halal leh kita dapat dari laman web ni.Untuk penghantaran pun ada cuma add sikit jumlah 'dong' nyer.Kat sini leh rasa masakan melayu champ.Boleh lah jugak rasanyer tapi kalau nak masak sendiri lagi best suka ati nak pedas ke x sebab byk kedai kalau minta buat pedas diaorang cuma bagi hirisan cili tak kira lah kalau kita minta nasi goreng pedas hirisan cili yang dibagi kat kauorang..hihihihi...
Kalau nak cari makanan frozen yang halal lah biasanye saya akan ke Giant di District 7 jauh tu dari tempat saya di District 2..Biasanyer cari barang frozen kalau bekalan dari Malaysia da abis macam nugget,hotdog..pastikan barangan frozen tu halal jangan hentam je nampak nugget terus beli..Berhati hati di tempat orang ni..
Tapi kalau buat nugget sendiri lagi senang beli je ayam dari pembekal halal nama dia Hanapi siap antar rumah lagi ayam2 tu.. Tak perlu beratur nak beli tapi ngn dia ni kadang2 dia lupa nak antar kena 'remain' byk kali baru ingat..
Kat sini daripada masakan yang tak perlu kita buat sampai sini semua leh buat mcm leh buat nugget,sushi,pizza sendiri walaupun tak sesedap jenama seperti nugget Ramly tapi leh lah buat ank2 n suami makan...burrrgh alhamdulillah...kalau nak buat semua tu klik je 'my resepi'.Semua ada uuuuuu malas ngn rajin jer benda ni.
Oklah yer kawan kawanku nanti kita sambung lagi bercerita tentang tempat shopping di vietnam best taw murah2 jer leh buat bisness.Kalau tak percaya tanye mak n mak mertua ku.. Tapi kauorg kenal ke ibu ibu ku ni..xpelah yg penting vietnam mmg tmpt shoppingggggggg!!!!!!!!!!!



Catatan pertamaku..

Hi..

Testing.. Testing.. Ni Blog pertama saya..