Hai!!!
Kekadang rasa macam malas nak jawab soalan dari kawan kawan yang bertanya kenapa berhenti kerja,tak sayang ke kerja ngan kerajaan,da pikir panjang ke nak buat semua keputusan,n yang dahsyatnya ada yang tanya boleh ke husband u tanggung semua ni..Aduh letihlah nak jawab nak bagi kesimpulan n keterangan pada orang2 yang selalu memikirkan tentang diri I ni..Nampak macam glamour je kan...hahaha
InshaAllah rezeki tu ada dimana mana tapi perlu diusahakan dan sentiasa berdoa..I buat keputusan nak berhenti bukan sehari dua tapi dekat setahun setengah.Yang selalu buat I terfikir bukan pikir suami I mampu ke bayar ni bayar tu tapi I hanya pikir apa yang orang akan cakap n apa yang orang akan pandang I lepas I buat keputusan berhenti kerja n ada tak orang akan berkawan dengan seorang suri rumah.
Siapa yang tak sayangkan kerja yang tentunya terjamin hingga ke tua siap dapat pencen semua tu..Sebelum nak berhenti ni pun I minta izin dengan ibu I terlebih dahulu sbb ibu I yang nak sangat salah seorang anaknya berkerja dengan kerajaan.Selepas perbincangan ibu I cuma cakap tanggungjawab seorang ibu untuk menjaga anak habis bila seorang anaknya bergelar isteri n selebihnya ia tanggungjawab seorang suami.Masa tu rasa sedih n terfikir adakah I ni da lupakan hati seorang ibu?
Tapi bila usrah bersama suami n mendengar pendapat ibu keputusan berhenti telah dibuat..I perlu fikirkan anak2 n husband.Kerja l sebagai Nurse memang bukan satu yang mudah.Terutamanya nak uruskan masa dengan anak2 n husband..I ada 3 shift pg,petang n malam..1 minggu akan rasa 2 shift pagi n petang dan 2 minggu sekali akan rasa shift malam.
Cuti sbg seorang Nurse bukannya mudah n perlu toleransi dari pihak ketua n kekawan sendiri..Sekiranya I n kawan I nak cuti hari yang sama kitorang akan susahati sapa yang dpt cuti tu.Kalau ada yg pandai bodek mugkin dapat tp kalau jenis mcm I ikut jer arahan mmg susah lah..
Lagi satu yang selalu I rasa kurang bertanggungjawab menjadi seorang ibu bila anak sakit n tanggungjawab tu ayg serahkan pada husband I n I perlu ke kerja untuk menjaga pesakit di wad.Kekadang tanggungjawab tu I serahkan pada maid sebab I kena kerja n susah nak amik EL sbb staff yang x ramai..Nurse jugak bukan mudah nak amik cuti sabtu ahad.That's Imposibble..
Jangan mimpi setiap hujung minggu boleh duduk santai sama2 ngan orang yang tersayang.Bl I Amik cuti tanpa gaji suami bersuara suruh berhenti sbb anak nak membesar n perlukan perhatian yang lebih dari seorang ibu bukan dari seorang maid.I tulis ni bukan sebab I da boring atau bosan dengan kerja Nurse tapi I rasa pilihan yang I buat sekarang ni inshallah akan membuahkan hasil..Mungkin bukan dari segi wang ringgit tapi dari segi kasih sayang kami sekeluarga..InshaAllah sekiranya diberi peluang I tetap akan berkerja sebagai Nurse walaupun bukan untuk pesakit diluar sana tetapi didalam keluarga sendiri.
Ini semua pengalaman sebagai Nurse jangan pulak ada yang takut untuk menjadi Nurse atau terasa beban bila dijodohkan dengan Nurse..
Nurse satu kerja yang mulia n satu kerja yang tiap2 hari menambah ilmu pengetahuan n boleh mengajar seseorang lebih sabar n redha.
Tahniah pada semua warga KKM yang bekerja keras dalam membantu mangsa banjir di Kelantan..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan