Sabtu, 13 Disember 2014

Tauhu Sumbat Main Place

Hai semua!!

Hari ni nak kongsi tempat tauhu bakar yang sedap di Main Place Mall di USJ 21..Nama tempatnya Paratha Crispy Popiah..Berhadapan dengan kedai kakilima dan diantara fruit licious..Korang kena singgah ke kedai ni..bentuk kedai yang ala ala bamboo n mudah untuk dicari..Harga yang berpatutan..

Menu yang popular di sini ialah signature tauhu sumbat,seaweed Japanese popiah memang kena rasa sebab terasa kesedapan pada tauhu n keranggupan pada sayur yang diguna.Lagi satu diaorang tak kedekut dengan bahan bahan seperti sayuran,kacang,serunding.Yang sedapnya sos pada tauhu sumbat tu..Japanese tu ada rasa kelainan yang diubah dengan meletakkan seaweed dibahagian atas sekali.Didalam Japanese Popiah ni ada banyak bahan macam serunding,sayur,kacang,sos..Arrrrghhh.
Memang mantop rasanya..

Dekat sini pun ada jual nasi ayam tapi I belum pernah mencuba nasi nya..Tapi setiap kali ke sini ada sahaja yang mencuba nasi ayam diaorang..

Sesapa yang belum pernah ke Main Place Mall perlu pergi sebab ni Mall baru n seberang jalan pulak ada One City Mall..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan