Selasa, 2 Disember 2014

Resepi Fucuk Goreng Berinti Ayam

Salam semua,sihat..

Tiap hari bandar Shah Alam ni hujan tak kira masa.Kesihatan pulak perlu dijaga bukan diri kt saja tau ibu2 sekalian tapi diri orang yang kita sayang..Barulah hati rasa tenang dan bersyukur dapat merasai kehidupan harian yang lebih baik..
Hari ni masak apa ek n ada resepi yang kita boleh kongsi tak?
Hari ni I masak simple tapi sedap n perut kenyang hati girang..
Pernah dengar Fucuk Goreng Berintikan Ayam..Haaah hari ni I nak kongsikan satu lagi resepi dari sahabat Fb kak Yati Mohd..Uooollls kalau tengkok fb dia ni jer da terliur nak makan sama ngan famili dia..hihihihi..
Jom kita ke dapur n mulakan memasak..

Bahan bahannya:
Fucuk dipotong 5-7bhg
Soohun (yg ni I tambah sendiri)
Isi Ayam
Lada sulah
Garam
Cili api

Cara caranya:
Isi ayam ditumbuk sehingga lumut
Campurkan garam sedikit n lada sulah,kemudian tumbuk lagi
Ketepikan bahan tersebut
Rendam soohun ( optional )
Rendamkan fucuk kemudian dipotong 5-7bhg
Lapkan fucuk tersebut dengan kain atau tisu
Ambil isi ayam yang telah ditumbuk n letakkan sedikit di atas fucuk
Ambil soohun n cili api letak bersama2 ayam td.
Kemudian balut fucuk
Panaskan api n goreng fucuk tersebut

Sedia untuk dimakan dengan nasi panas..Auuummm

Tiada ulasan:

Catat Ulasan