Khamis, 29 Januari 2015

Pizza vs Satay @ USJ11

Hai semua!!!

Minggu lepas I ada pergi makan kat satu restoran ni dia ala ala Italian,digabungkan dengan masakan Malaysia..
Memang mantop n terbaik tempat ni..

Pizza vs Satay kat USJ11 Subang menjadi pilihan hati kami..Tempat yang cantik,selesa n memang sesuai untuk kami berlima bersantap di situ..

Korang boleh pilih nak mkn didalam kawasan yang beraircond atau duduk diluar sambil melihat padang permainan dihadapan restoran ini.
Restoran  ni di dalam taman perumahan tapi memang strategik tempatnya..

Kat sini ada makanan Malaysia n Italian ,kalau korang tekak western pun boleh join restoran ni.Menu dia memang sedap n bila tengok je menu dia terasa nak makan semua..Hahahhaa

Harga yang berpatutan tidak terlalu mahal.Bolehlah awal bulan datang sini bawa famili tukar selera.Sekali sekala tukar tempat makan.

Kat sini I  order set satay,chicken chop,yee mee,little chicken (French fries n hotdog)nasi lemak sambal sotong,pizza..Kalau yang masih berdua I suggest order air saiz king..memang king dia bg kat korang..

Rasa daging satay sangat lembut,tak liat,terasa rempah yg mantap.I order pizza All in One roti yang lembut n tak kedekut chesse
boleh main tarik tarik tali uolls..Sambal sotong yang sedap tak terlalu pedas..

Memang best tempat ni rasa macam nak datang selalu pulak..hahahaha
Harga kesemua yang kitaorang makan hanya bawah RM 100.Yang mahal cuma pizza berharga RM 19 mungkin sebab chesse yang boleh ditarik tarik..

I suggest kan kalau korang tak ada idea nak makan kat mana atau boring tempat yang biasa boleh la singgah di restoran Pizza vs Sayay..Terbaik...

Selasa, 6 Januari 2015

Cara menangani anak Hyperactive

Hai semua
Sudah mula menabung ke belum?Kalau belum boleh baca entri I yg sebelum ni cara nak menabung..
Hari ni I nak kongsi sikit bagaimana nak mengawal atau membantu anak yang aktif kembali rehat..
Sesiapa yang mempunyai anak yang aktif mungkin akan rasa kenapa anak aku mcmni,susu tepung terlalu manis ke,silap dari sapa suami atau isteri???
No,no,no...jangan salahkan sesiapa dalam hal ni.Ni boleh jadi pada anak sesiapa pun..Wak imah uolls terpelajar sekali pun kalau dapat anak yang aktif jangan sesekali menyalahkan pasangan uolls...Semua ni aturan dariNya..Mungkin dengan lahirnya anak yang aktif lebih mengajar kita bersabar,bersyukur dapat anak,menghargai ibubapa kita yang membesarkan kita sampai berjaya..
Hyperaktif ni boleh dikawal dari segi pemakanan,komunikasi dengan mereka..Jangan kerap bagi makanan yang terlalu Manis..Ni boleh membantu menambahkan lagi keaktifan anak.
Cara ni mudah tapi kena berterusan jangan buat sekali tapi mengeluh berkali kali..
1. Eye Contact
Ibubapa memainkan peranan penting dalam pembesaran anak anak..Cuba bercakap dengan anak ni memberi sepenuhnya eyes contact terhadap anak ni..Memang susah n payah bg anak hyperaktif nak memandang mata kita tapi cuba perlahan lahan..InshaAllah semua dipermudahkan..
2. Peluk n Cium
Peluk dan katakan sayang,ibu n ayah sayang kamu..Cium anak ni setiap kali bangun tidur n belaian ibubapa dapat meredakan keaktifan anak.Mcm uolls jgk kalau merajuk tiba2 ada orang ckp sayang mesti cair n terus rasa nak dibelai..Macam tu jugak diorang ni..
3. Wrapped
Kalau yang jenis tak boleh dikawal n meronta bila dipegang..Cuba ambil sehelai selimut n wrap anak tu kemudian bisik di telinganya..Bagi yg beragama Islam bacakan Alfatiha ke telinganya..Memang sukar n tak sampai hati utk bt tapi selepas tu anak akan rasa relax n ms ni kalau ibu bapa n mengajar anak ABC mereka akan ikut..InshaAllah
4. Urutan muka
Hyperactive ni ada 3 fasa..Bg yang susah untuk bercakap I syorkan uolls buat urutan muka.Macam buat facial..Ketuk ketuk manja jari jemari uolls ke muka diorang..Relax je diorang ms tu..
5. Gosok Gigi
Penting tau bab ni selain menjaga kebersihan diri,dapat jgk membantu diorang membuka mulut untuk bercakap atau bersuara.Gosok gigi dengan bersih selain tu berus jugak lidah dan dinding mulut.Biar segala kekotoran hilang Benarkan diorang bercakap jgn disogok dengan makanan yang manis jer.
6. Makanan
Bagi makanan dalam saiz yang sebenar CTH: Beri diorang makan ayam tanpa perlu mengecilkan saiznya..biarkan diorang makan peha ayam mcm biasa sbb ni membantu membuka rahang mulut anak n diorang boleh bertutur dengan jelas
7. Tapak kaki
Cuba geletik tapak kaki diorang sekiranya mereka ketawa itu petanda baik,tapi Bila sebaliknya uolls sudah tahu anak ni kurang rasa geli..Cuba amik berus yang lembut n berus secara perlahan n tanya apa yang kamu rasa,sakit?atau geli?cuba terangkan perasaan geli tu mcmna n sakit tu mcmna..
8. Mainan
Tak perlu mainan yang mahal2..Beli main an utk mendidik.Cth : Set dapur.Main bersama diorang n berbual bersama mcm uolls memasak di dapur dalam masa yg sama uolls bgtahu kuali ni panas tak boleh disentuh,pisau tajam n sebagainya..Set dapur ni bukan utk anak gegurl shj tapi boys pun boleh main sama.
9. Pusat Pemulihan
Bagi yang mampu boleh hantar anak anak ni ke pusat pemulihan.Banyak aktiviti yang boleh dibuat.tapi bukan hantar then tinggalkan.Ibu bapa kena join sekali n belajar teknik diorang..Cth tempat yang boleh dijadikan rujukan mcm WQ PARK..
10. Berdoa
Jangan dilupakan amanah yang Allah beri..jangan bersedih ketika diberi ujian ni..semuanya sudah tertulis.Sentiasa berdoa n berusaha utk membantu anak anak hyperaktif ni..
Ni sahaja perkongsian yang I boleh kongsi kat uolls..Pengalaman yang mengajar macamana I n husband menghadapi semua ni..Yang penting jangan ada putus asa.Sekarang anak I da pandai bercakap non stop,mengaji,n membaca..Alhamdulillah.

Ahad, 4 Januari 2015

Cara Menabung Penyeri Rumah

Hai semua!!!

Bestnya dengar orang sekeliling dapat bonus hujung tahun ni..Time ni banyak sale yang dibuat,banyak jugak yang habis..

Sebelum penyeri rumah ni menghabiskan duit bonus yang diberi dari husband uolls..Hari ni I nak kongsi sikit cari menabung untuk Penyeri Rumah macam I ni kan..
Biasanya kalau da jadi penyeri Rumah ni duit poket biasanya husband yang bagi jadi kena pandai berjimat tetapi bukan kedek..hihihi

Ini cara cara yang I guna sejak menjadi Penyeri Rumah..Buat tabung dan asingkn sedikit duit tersebut..

1. Ibu
W/pun da tak bekerja I tetap bagi kat ibu I.Tak perlu banyak sikit pun jadi untuk buat ibu rasa dihargai..

2. Sedekah/Wakaf
Jangan kedek jangan lokek,sebahagian dari hak kita terselit hak orang lain..itu namanya rezeki..

3. Sedekah Subuh
Cuba buat satu tabung khas utk sedekah subuh ni..Banyak manfaatnya..Sehari sebelum tamat waktu subuh masukkan duit ke dlm tabung tersebut..Kalau balik kg atau kemana simpan dlm sampul kertas n blk ke rumah masukkan dlam tabung tersebut..Cukup sebulan bagikan duit tu ke tempat yang memerlukan mcm masjid,Rumah anak yatim n DLL..

4. Grocery Bank
Tiap tiap bulan selepas beli barang dapur ada baki simpan dalam grocery bank ni.Amik duit ni jika perlu untuk beli barangan grocery.. Jangan dicampur adukkan duit tersebut dengan duit nak beli bj atau tudung.takut lari atau terpakai pulak duit tersebut.

5. Medical
Biasanya kalau ada anak kecik ni perlu bijak menyimpan.Jangan lupa masukkan sikit ke dalam tabung.Tak perlu banyak dalam RM20 sebulan..Wpun ada insuran tak salah utk menabung.Sediakan payung sebelum hujan..

6. Bank
Masukkan duit ke dalam akaun kita sendiri.Tak perlu letak target yang tinggi utk tiap bulan,cukup yang termampu mungkin.Ye lor nak masukkan target tinggi diri sendiri pun tak bergaji..

7. Keperluan dan kehendak
Cuba bagikan mana yang penting samaada keperluan menjadi keutamaan atau kehendak utk diri sendiri..(ni yang selalu terbantut) hahahaha

8. Travel Bank
Yang ni kena ada target dan perlu dibuat bersama pasangan..Sebulan perlu simpan berapa ringgit untuk travel..Klu uolls target nak ke oversea perlu simpan banyak sikit.Dan pasangan jangan mengharapkan penyeri Rumah shj yang simpan ni perlu dibuat bersama sama..

9. Target setahun
Macam orang lain jugak penyeri rumah perlu ada target berapa banyak amount yang perlu di capai dalam masa setahun.Contoh : akhir tahun nak capai seribu jadi setiap bulan perlu simpan dalam RM90 kalau berat atau tersangkut dalam sebulan tu target utk setahun akan terjejas dan susah untuk penyeri Rumah ni simpan sesuatu yang digandakan..Hati hati yer..

10. Pandai memilih
Bila da tak bekerja semua kehendak akan terhad jangan ikut orang yang bekerja diorang ada ATM machine yang sentiasa on.kena bijak dalam setiap kali membeli,bukan suruh uooolls tak bergaya tapi perlu limit setiap kali memilih barangan.

Oklah ni jer yang mampu I kongsi bersama uolls..Sekarang ni pun ramai yang usahawan dari hasil Penyeri Rumah..

Bercinta selepas nikah

Hai semua!!

Sesapa yang baca tajuk entri ni mesti da paham apa yang I nak tuliskan..hahaha..
I tak sangka bercinta dengan orang lain tapi berkahwin dengan orang lain..Rasanya ramai jgk yang mengalaminya..

Tapi ni lah yang dikatakan jodoh..Sapa kita untuk mengelak atau menafikannya..
Tapi cerita I ni lain sikit,I kenal dengan husband I ni atas aturan ibu mertua ku disokong pulak dengan persetujuan kuat ibu ku..

Macamana I berjumpa dengan ibu mertua ku ni semuanya berlaku masa I jadi student nurse di johor lagi.Dan di situ
bermula aturan perjumpaan untuk pertama kalinya dengan insan yang tersayang..Mohd Fadzil..
Masa mula- mula I jumpa husband I,I da bgtahu dia yang I da ada pilihan sendiri..Dan itulah kali terakhir I berjumpa dengan dia..

Tapi ibu I tak suka dengan pilihan I katanya jauh,kalau I kawin macamana nak jumpa n banyak sangat alasannya...hahahaha..Ibu lebih mengetahui semua hal ni n yang terbaik utk anaknya..

Nak dijadikan cerita I berjumpa balik dengan husband I,kami berjumpa cuma 3kali Dan dia terus cakap nak meminang...Hahahaha..

Kami bukan selalu berdating tiba tiba nak masuk meminang,bl bgtahu dengan famili I terus setuju tak da bantahan langsung..

Kami bernikah selepas setahun bertunang dan dalam bertunang kami memang jarang berjumpa.Husband I kat Perak n I pulak kat batu pahat..memang susah nak jumpa lagipun I malas nak amik cuti...Pekerja contoh..hahahaha..

Selepas kawin baru kenal hati masing masing..Kalut jugak kenapa dia mcmni n mcm tu..Dia pun kalut jugak ngn I tengok macam ayu jer tapi suka membebel..hahaha..
Tu lah ms tunang tak nak tanya da kawin msg2 br terserlah perangainya...hahahaha

Alhamdulillah akhirnya I n husband sudah melalui peringkat mengenali sesama sendiri dengan tenang..lebih mengetahui perangai pasangan n sekarang kami lebih fokus pada kiddos yang ada di depan mata kami ni..

Orang tua cakap kalau nak kawin kena dapat restu dari ibu bapa n alhamdulillah semua itu benar..Terima Kasih kat ibu n ibu mertua ku yang aturkan semua ni utk kami..

Jumaat, 2 Januari 2015

Putu Bambu Ayer Hitam Johor

Hai semua!!!!
Selamat Tahun Baru 2015..Semoga tahun ini akan memberi kejayaan,kesihatan yang baik dan berterusan disamping orang yang tercinta..
I baru balik kampung..seronok nya balik kampung ni segala mala makanan rasanya ada kat kampung tercinta,Batu Pahat Johor...
Masa cuti hari tu I ke Johor Bahru..Dalam perjalanan ke Johor kitaorg lalu ke Ayer Hitam.. Sesapa yang lalu sini wajib berhenti di gerai Putu Bambu Juriah..
Dekat sini memang terkenal putu Bambu.Dulu cuma bermodalkan payung besar n berniaga ditepi jalan..Sekarang I tabik dengan makcik ni..Siap ada gerai besar bersama pekerja yang bertauliah tentang kuih ni.
Dulu sebelum ada kedai sesapa yang nak beli kuih ni kena tunggu berduyun tapi sekarang diorang da ada sistem sendiri..Putu yang telah siap dimasak akan diletak dalam flash ni bg memastikan putu tersebut sentiasa panas...
Lokasi putu bambu juriah ni terletak di pekan Ayer Hitam,kalau dari batu pahat selepas traffic light sebelah kiri sebelum ke highway Plus..Kalau dari Johor sebelah kanan berhadapan Maju Handicraft..
Kauorang semua kena rasa kesedapan putu ni tak akan sama dengan kuih putu bambu di tempat lain...