Assalamualaikum semua..
Pejam celik da nak masuk tahun baru rasanya baru semalam berpindah balik dari Vietnam ke Malaysia..Emmm terasa indah tinggal di Vietnam tapi apa kan daya cuma sekejap sahaja disana..Tahun baru ni boleh lah sambut di negara sendiri..Terasa sekejap jugak bila anak anak da mula menjejakkan kaki ke sekolah yang sebenar..Kalau dulu anak anak cuma bersekolah 2-3jam sehari tetapi tahun depan anak anak akan ke sekolah selama 8jam( ni yang masuk ke sekolah rendah n sekolah agama).Terasa lama n pasti terasa sunyi tanpa anak anak riang di rumah..
Bermulalah langkah baru n strategi yang baru untuk anak anak ini melangkah ke alam persekolah yang lebih teratur n membentuk diri lebih berdisplin.Mulanya rasa seperti tidak percaya anak anak akan ke sekolah sebab perasan nya anak ni masih kecik n perlu dipinpim ke mana sahaja..Terasa takut,sedih,n pastinya gembira bila anak yang kita jaga akan dilepaskan untuk belajar berdikari,cara memimpin n membentuk peribadi yang baik..Banyak kali I tanya dengan anak anak ni tahu ke kenapa perlu ke sekolah n jawapan yang pasti dari anak I semestinya bermain dengan kawan baru,main mainan baru,tunjuk beg baru,stationary baru..semua baru..Itulah yang ada dalam kotak pemikiran diaorang..
Tapi I tak boleh nak marahkan diaorang sebab di Vietnam anak anak bersekolah di international school n untuk umur seperti mereka memang anak anak tidak diajar untuk belajar tetapi diajar untuk menampilkan diri,menonjolkan diri dari seorang yang malu kepada lebih berani,mencipta sesuatu yang kreatif n belajar berkomunikasi dengan pelajar lain walaupun ia cuma percakapan itik n ayam ( bila malaysia bertemu korea ) mulalah seisi macam tu..hihihihihi..
Tapi di Malaysia anak anak sudah diberi latihan,spelling,ejaan n homework...ada bagus n tidak nya disini dan I bukan cakap tak bagus atau kacang lupakan kulit sehingga terlupa dulu pun I mengalami situasi yang sama..Masa tadika kena belajar mengeja kena kenal abjad n nombor..Bayangkanlah dari umur 5thn I da kenal belajar semua bila tak tahu akan ada perbezaan kelas semasa persekolahan yang sebenar nanti..Ini mungkin akan membuat tekanan kepada anak anak n belum lagi dengar bingkisan hati dari ibu n abah..Ibu bapa mana yang tidak mahu anak anak berjaya tapi jangan sampai anak anak ni terasa boring n kecewa untuk ke sekolah..Dan lebih memeranjatkan umur 7tahun da belajar Sains..I tahu pun masa pendaftaran persekolahan anak I.Terkejut n terkedu sekejap kenapa umur sebesar jagung ni perlu belajar Sains bukan ke tu mata pelajaran Menengah..Teruknya I tak tahu semua ni..Malunya....Sebagai seorang ibu I kena tahu apa yang anak I akan belajar sebab I pun tak nak tertinggal apa apa yang penting untuk anak I..Anak anak ni akan diberi tuisyen SAINS,MATH..Terbeliak lagi mata ni..Perlu ke darjah satu pergi tuisyen..Boleh bawa ke???Bl masa I nak bergurau dengan diaorang n sapa yang nak buat bising kat rumah ni.Kenapa anak anak I ni cepat betul membesar..Terasa nak lambatkan pengakhiran tahun 2014 ni..I akan rindu saat diaorang ni buat bising,terjerit jerit n bergaduh di rumah.Rasa kesian dengan anak zaman sekarang banyaknya yang diaorang perlu lalui n I harap anak anak ni lebih bersikap positif.Bukan mudah nak mengajar anak anak ni sebab anak I jenis aktif.I harap semoga semuanya dipermudahkan..
Ibu ibu diluar sana pun kena belajar cara nak tackle balik anak anak ni supaya tak rasa tertekan semasa belajar n ni lebih kepada diri I untuk lebih positif mengajar anak yang aktif.Zaman sekarang corak pembelajaran banyak perbezaan n sebagai parent jangan terlalu memberi tekanan dalam akademik tapi selitkan jugak cara didikan agama yang berterusan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan