Hai semua!!
Bulan lepas I n famili ada ke Sri Iskandar Teronoh,Perak..Biasanya kitaorang ni kalau nak pergi ke
Sri Iskandar mesti kena stay kat Ipoh sebab kat Sri Iskandar takda hotel.Dan bayangkan Teronoh dengan Ipoh kan masa 45min ke sejam..Kesian kat husband kalau ada kerja di Teronoh terpaksa berulang alik dari Ipoh..Tapi bulan lepas ktorang rasa teruja sangat sebab tak sangka ada hotel yang moden n cantik di Teronoh..Sudahlah cantik banyak pulak kemudahannya..Ok hotel yang I n famili stay ni namanya Dhotel..Walaupun ia jauh dari Ipoh tapi hotel ni tidak kurang hebatnya dengan hotel hotel di Ipoh..Tak percaya...Hotel ni sebumbung dengan Mall..Kalau kat Ipoh glamour ngan Aeon tapi di Teronoh Billion ni da cukup glamour..Hotel ni pun berdekatan dengan kedai kedai makan yang sedoooop n pasaraya yang besar macam Tesco..Hah sesapa yang tak pernah ke Teronoh boleh sendiri tengok perkembangan pesat yang ada kat sana..Di bandar Teronoh ni jugak terdapat universiti popular macam Universiti Teknologi Petronas n UiTM..
Kita bebalik ke cerita Dhotel ni..Nama pun hotel baru memang selesa sangat biliknya,swimming pool yang besar ( untuk anak pun ada yer)..Disebalik hotel yang penuh dengan bilik,bilik mesyuarat, hotel ni jugak tak lupa dengan konsep taman.Walaupun tidak sebesar mana tapi ia cantik n terjaga..
I kalau g mana- mana hotel yang I suka cuba rasa masakan hotel tu..So peluang yang ada ni I cuba rasa sarapan pagi di Dhotel ni..I memang suka sangat konsep diorang ni masakan semua memang nampak kemelayuan..Pagi pagi da disajikan dengan jemput jemput udang yang panas..Memang berebut orang siap beratur nak rasa jemput jemput udang n memang terbaik layanan diorang..
Lepas makan apa lagi kita swimming la sama dengan anak anak..Swimming pool diorang ala ala hotel Marine Bay Hotel di Singapore tu..Hihihihihjhi...Cuma pemandangan kat bawah tu bukan laut tapi kedai langsir...tapi not bad kalau ia di teronoh tetap nampak cantik..
Kalau korang boring boleh je g Mall sebelah n kalau tak silap ada transit terus ke Mall..Depan Dhotel ni da macam Nilai3 banyak kedai langsir..tapi mungkin tak sehebat Nilai3.Nak ke Tesco pun dekat jer dari hotel ni..Kalau rasa nak ke sini n takut tersesat I nak bgtau uollls akan nampak Mcdonald Sri Iskandar kemudian belok ke kiri n cari Billion Mall di situ korang akan jumpa dhotel...
Selamat bercuti n I harap ni dapat membantu uolls untuk mencuba sesuatu yang baru...I bg sikit picture dhotel untuk tatapan uolllsss
Tiada ulasan:
Catat Ulasan