Hai semua!~~~
Sudah siap makan tengahhari lum?Masak apa hari khamis yg sejuk belaka ni..hihihihi..Ye lor musim cuti sekolah n musim hujan adakalanya malas nak masak rasa nak relax je sebab anak2 cuti ibu2 pun patutnya ada cuti rehat jgk..Tapi itu semua tak mungkin berlaku,kalau berlaku pun cuma rehat 2 3 jam jer lepas tu kena terusk
an rutin harian..
Hari ni nak kongsi resepi yang senang tapi susah nak cari..Macam suspen jer...Sebenarnya nak cari kulit Wantan jer pergi ke Hero takda pergi Giant pun takda(sebenarnya ada tapi tak nampak)Hihihihihi..Akhirnya dapat kulit Wantan kat Giant depan rumah jer..Nanti I tunjuk picture Wantan..
Hari ni kita belajar membunjut..Hihihihihi
Bahan bahan nya:
Untuk Wantan:
Beberapa keping kulit Wantan
Daging cincang # ( nak letak udang/ isi ayam pun boleh )
Lada sulah #
Sedikit garam #
(Semua yang bertanda # perlu ditumbuk lumat)
Untuk Sup:
Bawang Merah
Bawang Putih
Sedikit Halia
1 Sup Bunjut
1 Kuib Ikan bilis
Sedikit Garam
Daun Ketumbar /Daun Sup
Bawang Goreng
Cara caranya:
Isikan kulit Wantan dengan isi daging yg telah ditumbuk
Kemudian buat bentuk bunjut ( tak perlu gunakan telur untuk lekatkan cuma sedikit air)
Ketepikan Wantan
Tumbuk bwg putih,merah dan halia
Masukkan dalam periuk (tak perlu guna minyak)
Letakkan kuib ikanbilis,sup bunjut
Masukkan air dalam 4cawan n merenehkan sekejap
Letak garam
Masukkan Wantan
Letak daun sup n bawang goreng
Sedia untuk dinikmati bersama nasi panas..
Sluuuurrrrppp....
Tiada ulasan:
Catat Ulasan