Ahad, 22 Februari 2015

Kek Coklat Cheese Kukus

Hai semua da ada menu untuk minum petang hari ni.Kalau belum dan masih tercari cari menu apa yang sesuai untuk dibuat minum petang hari ni,I ada resepi kek coklat cheese kukus yang mudah dan sedop..

Kalau tengok Facebook ramainya kawan kawan yang post kek ni kat Facebook masing masing.Dan kali ni I nak kongsi resepi kek coklat cheese semoga dapat membantu uolls untuk mencuba..

Resepi ni sama dengan resepi kek coklat moist I yang boleh dilihat dalam entri I yang sebelum ni.

Resepi : Kek Coklat cheese Kukus

Bahan bahannya:
Untuk kek coklat
Bahagian A:
1 cawan serbuk koko
1/2 cawan gula kastor
1/2 cawan minyak
1/2 cawan susu segar/susu cair
* dimasak dalam api yang kecik sehingga larut n biarkan sebentar

Bahagian B:
1cawan tepung gandum
1sdk baking powder
1sdk soda bicarbonate
Sedikit esen vanilla
* diayak n gaulkan semua

Bahagian C:
3 biji telur dipukulkan sampai kembang

Campur semua bahagian A B C.Ketepikan sekejap.

Lapisan Cheese:
200 - 250g cream cheese
1 bj telur
1 sdb tepung gandum
1 sdb air
Mix semua bahan ni sampai kembang

Cara caranya:
Selepas campur semua bahagian ABC bahagikan kepada 2 bahagian
Satu bahagian diletak dalam loyang kemudian kukuskan dalam 20 min.
Masukkan cheese dalam loyang yang sama n kukus dalam 20 min.
Akhir sekali masukkan adunan coklat yang akhir ke dalam adunan n kukus until 20 min yang akhir.

Dan hasilnya memang cantik n tak sabar nak makan

Tiada ulasan:

Catat Ulasan