Sabtu, 21 Februari 2015

Apam Susu

Hai semua!!

Selamat bercuti semua sempena Gong Xi Fa Chai..Hari ni nak berkongsi resepi Apam Susu yang cukup mudah n simple..Memang sesuai dijamu untuk tetamu yang datang ke Rumah..

Apam ni ada banyak jenis dan nama..Ada apam balik,apam kampung,apam beras,apam soda,polkadot,apam susu..
Senang je buat apam ni janji terasa lembut,Manis n masin sikit da jadi..

Ok hari ni I nak buat Apam Susu.Resepi ni I ambil dari kawan I yang memang suka buat apam..

Resepi : Apam Susu
Sumber : Sue Mohd Nor

Bahan bahannya :
*1/2 cawan gula kastor
*1/2 cawan susu (nak lebihkan sikit pun boleh)
*3 biji telur
*1 sudu besar ovalete
*Sedikit seen vanilla
1 cawan tepung gandum 
Pewarna

Cara caranya:
Campurkan semua bahan yang bertanda * sehingga menjadi putih n kembang
Masukkan tepung n gaulkan kesemuanya sehingga sebati
Asingkan adunan kepada 2-3bhgian n letakkan pewarna ikut suka
Kemudian kukuskan adunan tersebut dalam 20 min

Dan hasilnya sangat sedap...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan