Ahad, 4 Januari 2015

Cara Menabung Penyeri Rumah

Hai semua!!!

Bestnya dengar orang sekeliling dapat bonus hujung tahun ni..Time ni banyak sale yang dibuat,banyak jugak yang habis..

Sebelum penyeri rumah ni menghabiskan duit bonus yang diberi dari husband uolls..Hari ni I nak kongsi sikit cari menabung untuk Penyeri Rumah macam I ni kan..
Biasanya kalau da jadi penyeri Rumah ni duit poket biasanya husband yang bagi jadi kena pandai berjimat tetapi bukan kedek..hihihi

Ini cara cara yang I guna sejak menjadi Penyeri Rumah..Buat tabung dan asingkn sedikit duit tersebut..

1. Ibu
W/pun da tak bekerja I tetap bagi kat ibu I.Tak perlu banyak sikit pun jadi untuk buat ibu rasa dihargai..

2. Sedekah/Wakaf
Jangan kedek jangan lokek,sebahagian dari hak kita terselit hak orang lain..itu namanya rezeki..

3. Sedekah Subuh
Cuba buat satu tabung khas utk sedekah subuh ni..Banyak manfaatnya..Sehari sebelum tamat waktu subuh masukkan duit ke dlm tabung tersebut..Kalau balik kg atau kemana simpan dlm sampul kertas n blk ke rumah masukkan dlam tabung tersebut..Cukup sebulan bagikan duit tu ke tempat yang memerlukan mcm masjid,Rumah anak yatim n DLL..

4. Grocery Bank
Tiap tiap bulan selepas beli barang dapur ada baki simpan dalam grocery bank ni.Amik duit ni jika perlu untuk beli barangan grocery.. Jangan dicampur adukkan duit tersebut dengan duit nak beli bj atau tudung.takut lari atau terpakai pulak duit tersebut.

5. Medical
Biasanya kalau ada anak kecik ni perlu bijak menyimpan.Jangan lupa masukkan sikit ke dalam tabung.Tak perlu banyak dalam RM20 sebulan..Wpun ada insuran tak salah utk menabung.Sediakan payung sebelum hujan..

6. Bank
Masukkan duit ke dalam akaun kita sendiri.Tak perlu letak target yang tinggi utk tiap bulan,cukup yang termampu mungkin.Ye lor nak masukkan target tinggi diri sendiri pun tak bergaji..

7. Keperluan dan kehendak
Cuba bagikan mana yang penting samaada keperluan menjadi keutamaan atau kehendak utk diri sendiri..(ni yang selalu terbantut) hahahaha

8. Travel Bank
Yang ni kena ada target dan perlu dibuat bersama pasangan..Sebulan perlu simpan berapa ringgit untuk travel..Klu uolls target nak ke oversea perlu simpan banyak sikit.Dan pasangan jangan mengharapkan penyeri Rumah shj yang simpan ni perlu dibuat bersama sama..

9. Target setahun
Macam orang lain jugak penyeri rumah perlu ada target berapa banyak amount yang perlu di capai dalam masa setahun.Contoh : akhir tahun nak capai seribu jadi setiap bulan perlu simpan dalam RM90 kalau berat atau tersangkut dalam sebulan tu target utk setahun akan terjejas dan susah untuk penyeri Rumah ni simpan sesuatu yang digandakan..Hati hati yer..

10. Pandai memilih
Bila da tak bekerja semua kehendak akan terhad jangan ikut orang yang bekerja diorang ada ATM machine yang sentiasa on.kena bijak dalam setiap kali membeli,bukan suruh uooolls tak bergaya tapi perlu limit setiap kali memilih barangan.

Oklah ni jer yang mampu I kongsi bersama uolls..Sekarang ni pun ramai yang usahawan dari hasil Penyeri Rumah..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan