Hai semua!!
Sesapa yang baca tajuk entri ni mesti da paham apa yang I nak tuliskan..hahaha..
I tak sangka bercinta dengan orang lain tapi berkahwin dengan orang lain..Rasanya ramai jgk yang mengalaminya..
Tapi ni lah yang dikatakan jodoh..Sapa kita untuk mengelak atau menafikannya..
Tapi cerita I ni lain sikit,I kenal dengan husband I ni atas aturan ibu mertua ku disokong pulak dengan persetujuan kuat ibu ku..
Macamana I berjumpa dengan ibu mertua ku ni semuanya berlaku masa I jadi student nurse di johor lagi.Dan di situ
bermula aturan perjumpaan untuk pertama kalinya dengan insan yang tersayang..Mohd Fadzil..
Masa mula- mula I jumpa husband I,I da bgtahu dia yang I da ada pilihan sendiri..Dan itulah kali terakhir I berjumpa dengan dia..
Tapi ibu I tak suka dengan pilihan I katanya jauh,kalau I kawin macamana nak jumpa n banyak sangat alasannya...hahahaha..Ibu lebih mengetahui semua hal ni n yang terbaik utk anaknya..
Nak dijadikan cerita I berjumpa balik dengan husband I,kami berjumpa cuma 3kali Dan dia terus cakap nak meminang...Hahahaha..
Kami bukan selalu berdating tiba tiba nak masuk meminang,bl bgtahu dengan famili I terus setuju tak da bantahan langsung..
Kami bernikah selepas setahun bertunang dan dalam bertunang kami memang jarang berjumpa.Husband I kat Perak n I pulak kat batu pahat..memang susah nak jumpa lagipun I malas nak amik cuti...Pekerja contoh..hahahaha..
Selepas kawin baru kenal hati masing masing..Kalut jugak kenapa dia mcmni n mcm tu..Dia pun kalut jugak ngn I tengok macam ayu jer tapi suka membebel..hahaha..
Tu lah ms tunang tak nak tanya da kawin msg2 br terserlah perangainya...hahahaha
Alhamdulillah akhirnya I n husband sudah melalui peringkat mengenali sesama sendiri dengan tenang..lebih mengetahui perangai pasangan n sekarang kami lebih fokus pada kiddos yang ada di depan mata kami ni..
Orang tua cakap kalau nak kawin kena dapat restu dari ibu bapa n alhamdulillah semua itu benar..Terima Kasih kat ibu n ibu mertua ku yang aturkan semua ni utk kami..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan