Sabtu, 4 Januari 2014

Makan-Makan di Ho Chi Minh .. Part 2


Jom kita sambung balik pasal makan2 di Ho Chi Minh nih.. Yang ni part 2.. tapi tak bermakna restoran2 nih kurang best.. Cuma kitorang discover and test kat restoran nih lambat sikit. 

1 - Restoran yg bawah nih, namanya Satay House restaurant. Nampak tak gambar kat belakang tuh, owner dia bergambar ngan Cik Maria Tg Sabri (masa tuh Cik lagi kot).. Disebabkan nama dia Satay house, mmg kitorang order satay.. plus nasik goreng and lain2. Not bad la jugak rasanya. 

Restoran nih, terletak tak jauh dari Ho Chi Minh International Airport... Alamat restoran nih.. 307/25 Nguyen Van Troi Street, Phu Nhuan Ward, Ho Chi Minh 




2 - Yg nih.. restoran Vietnam Delights. Alamat restoran nih: 174 Le Lai Street Dist 1, Ho Chi Minh.. Kitorang makan kat sini pun sbb nak try.. Well, try sekali je, lepas tuh tak pergi lagi. Bukan apa, harganya agak mahal.. tapi rasa makanan not bad jugak.. My hubby order Pho Bo.. sedap jugak. 






3 - Kekadang tuh.. mengidam jugak nak makan Makcik Anne punya pretzel.. kat Malaysia tuh kat mana2 boleh dapat.. and dah jumpa tuh .. kena beratur panjang.. tapi kat Vietnam nih.. kosong je kedai Makcik Anne nih.. Tapi setakat ni kitorang discover ada dua tempat je jual Auntie Anne's pretzel nih.. Satu berhampiran dengan Ben Thanh market.. satu lagi berhampiran dgn tempat keje hubby ku..


Tu muka org lapar nak makan pretzel.. kesian dia.. 

4 - Sesekali tu teringin jugak nak rasa roti canai,roti naan dan capati. Kalau kat Malaysia.. nak makan jek.. pergi mamak sekangkang kera dari rumah.. order jek kat annei tuh..  tapi kat sini.. nak makan roti canai kena catu skit.. sbb arga sekeping tak la semurah di mapley kat Malaysia.. 

Salah satu restoran peberet kitorang, Tandoor house. Tempat dia agak exclusive.. ala2 fine dining lagi. Cozy jek..  

Alamat restoran nih: 4/6 Hai Ba Trung Street, Ho Chi Minh City



5 - Yg terbaru kitorang try ialah Citarasa Malaysia. Makanan sini not bad, selalu kitorang order, ikan siakap tiga rasa, sup ayam mantap, ayam kunyit.. setakat nih.. restoran ni menepati 'Citarasa Malaysia' kitorang. huk huk.. Lokasi restoran nih pun not bad, di tgh2 bandar HCM, tak jauh dari Ben Thanh market. Area2 byk pelancong luar.. terasa macam pelancong youuu.. 

Alamat restoran nih: 175/16 Pham Ngu Lao, Pham Ngu Lao Ward, District 1



Byk lagi actually tempat2 makan yg kitorang cuba.. nanti lah update lagi.. Bagi review restoran2 ni pun pendek2 jek.. sekadar nak berkongsi.. Kalau nak tau lebih lanjut boleh la email yek.. 



Tiada ulasan:

Catat Ulasan