Sabtu, 28 Disember 2013

Setahun Di Vietnam

Bismillahirahmanirahim...
Syukur keatas Ilahi diatas kesejahteraan dan kesihatan yang diberi olehNya.
Ini kali pertama saya menulis blog sekadar mengisi masa yang terluang.
Terima kasih kepada suami tercinta kerana sudi membantu membuatkan blog yang tidak seberapa ini.
Untuk anak-anak ibu eqal,opal dan dina Ibu sayang kamu..


Hari ni genap setahun kami menetap di bandar Ho Chi Minh Vietnam,bukan mudah untuk kami sefamili serasikan diri di tempat orang.Syukur Alhamdulillah semuanye dipermudahkan.
Pada mulanyer kami menjejak kaki di bandar Vietnam perkara yang menjadi masalah bagi kami adalah bahasa mereka yg memeningkan kepala setiap abjad yang digunakan berlainan dgn sukukata yg di sebut,contoh nama jalan Dong Du akan dialit dalam bhsa mereka Dong Yu..itulah keunikan yang ada disetiap negara.
Tapi bukan itu yang saya nak kongsikan,kalau nak citer tentang bahasa vietnam sampai tahun depan saya masih tak pandai lagi.Cuaca di vietnam ada 2musim panas dan hujan dimulakan dengan pertengahan tahun.Cuaca panas disini berdebu tak mustahil kalau sesiapa datang ke sini akan lihat penduduk vietnam memakai baju sejuk,topi,mask,sarung tangan dan stokin tu semua pakaian wajib yg perlu dipakai terutamanya wanita 'jaga kulit tak nak gelap'.Kalau di Malaysia jarang kita tengok wanita memakai kasut tumit tinggi 3' bawa motor tapi di sini kesemua wanita vietnam berkasut tumit tinggi.kalau saya lah x sanggup nak pakai tumit tinggi mcm tu nsb baik kerja sy x memerlukan tu semua.
Kali pertama jejak kaki ke bandar ni benda yang menakutkan saya kenderaan diaorang,sebenarnya xda masalah pun kenderaan di sini tapi cara bawa kenderaan tu sangat menakutkan.Nama je ada trafic light tapi ikut suka kaulah labu nak ikut jalan mana pun janji x langgar orang da cukup baik.Kalau xcident pun diaorg cuma angkat moto dan 'blah' mcm tu bukan mcm kita nak insuran n report polis,selagi xda kecederaan teruk polis pun buat tak tau jer..xkuasa nak layan klu da motor mcm semut.Kereta perlu bhati hati dari motor klu tak calarlah keta dibuatnyer..kalau kauorg tak caya tgk youtube pasti gempak  dan padat motor disini...tak naklah citer lalulintas kat sini lagipun kalau kauorg marah pun diaorg x paham buat sakit hati jer...arggggh!!!!!

Kat sini taxi yang leh dipercayai rasanyer cuma 2company ni jer 'Vinasun & Mailinh' yg selebihnyer xpayah lah yer sebab saya pun pernah kena tipu abis duit aku masa tu nasib baik nak g makan kalau tak memang nak kena marah dalam bahasa jawa kau ni....(asal je johor tapi jawa x pandai)
Disini nak cari makanan halal senang saje cuma klik di laman web 'Saigonnezumi.com' macam-macam makanan halal leh kita dapat dari laman web ni.Untuk penghantaran pun ada cuma add sikit jumlah 'dong' nyer.Kat sini leh rasa masakan melayu champ.Boleh lah jugak rasanyer tapi kalau nak masak sendiri lagi best suka ati nak pedas ke x sebab byk kedai kalau minta buat pedas diaorang cuma bagi hirisan cili tak kira lah kalau kita minta nasi goreng pedas hirisan cili yang dibagi kat kauorang..hihihihi...
Kalau nak cari makanan frozen yang halal lah biasanye saya akan ke Giant di District 7 jauh tu dari tempat saya di District 2..Biasanyer cari barang frozen kalau bekalan dari Malaysia da abis macam nugget,hotdog..pastikan barangan frozen tu halal jangan hentam je nampak nugget terus beli..Berhati hati di tempat orang ni..
Tapi kalau buat nugget sendiri lagi senang beli je ayam dari pembekal halal nama dia Hanapi siap antar rumah lagi ayam2 tu.. Tak perlu beratur nak beli tapi ngn dia ni kadang2 dia lupa nak antar kena 'remain' byk kali baru ingat..
Kat sini daripada masakan yang tak perlu kita buat sampai sini semua leh buat mcm leh buat nugget,sushi,pizza sendiri walaupun tak sesedap jenama seperti nugget Ramly tapi leh lah buat ank2 n suami makan...burrrgh alhamdulillah...kalau nak buat semua tu klik je 'my resepi'.Semua ada uuuuuu malas ngn rajin jer benda ni.
Oklah yer kawan kawanku nanti kita sambung lagi bercerita tentang tempat shopping di vietnam best taw murah2 jer leh buat bisness.Kalau tak percaya tanye mak n mak mertua ku.. Tapi kauorg kenal ke ibu ibu ku ni..xpelah yg penting vietnam mmg tmpt shoppingggggggg!!!!!!!!!!!



Tiada ulasan:

Catat Ulasan