Syukur alhamdulillah diberi kesihatan dan kesejahteraan yang baik pada hari ni.
Hari nie nak kongsi sikit tentang tempat percutian yang menarik di Vietnam,selain dari Sg Mekong,Chu Chi ( kat sini panggil GUCCI) Vietnam pun ada tempat yang menarik tapi semua jauh dari bandar HCM.
Diaorang pun ada tempat percutian yang hebat macam Vung Tau dan Mui Ne..Setakat ni baru 2 tempat percutian ni yang aku baru pergi..
Vung Tau - Tempat yang dekat ngn HCM tp xdalah dekat sgt kena naik feri 'Vina Express'.Ok klu naik feri makan masa 1 1/2jam dari HCM ke Vung Tau klu naik bas makan masa dekat 3 jam.Klu sesapa yang mabuk laut mungkin amik bas tp aku 'suggest'kan amik feri jer sbb feri dia selesa.Klu naik bas kena paham2 sendiri ngn cuaca berdebu,jalan pun xteratur..Leceh sikit..
Vung Tau ni pekan yang cantik sbb dikelilingi ngn laut dan terasa macam dok kat Rio De Jeneiro pun ada, sbb kat pekan ni ada patung yang ala2 macam kat Rio.. yang terletak di atas bukit.Bolehlah buat ala-ala g sana..
Vung Tau ni xdalah sesibuk mcm HCM yang dipenuhi ngn motor n kesibukan orang meniaga di tepi jalan kat sini suasananyelebih tenang leh lah klu nak buat release tension..
Belum apa2 anak aku dah 'ngantuk'...
Sesampai je di jeti terus amik Mailinh Taxi n terus ke hotel.Hotel ktorg best sebab berhadapan ngn laut.Jadi petang leh bawa anak2 ke pantai.
Lepas berehat tiba pulak tok mkn tghari,biasanye bl dok ngra bukan islam ni semua bnda kena masak sndri jadi aku pun x ketinggalan masak sendiri lauk ktorg tghari tu capati,kari ayam,nasi lemak,sambal ikan bilis dan buah mangga...Amboiii selera org mengandung ms tu..hihihihi
Kat sini ada jugak kedai makanan islam nama nyer Viet An Halal Restaurant.Tak jauh dari hotel ktorg,masa nak keluar makan hujan renyai jadi perut lebih berkeroncong sikit.Masakan melayu champ kat sini mmg best tp spt biasa xda istilah pedas hirisan cili je diaorg bg kat kauorg.
Kat sini kalau naik taxi pastikan ada alamat penuh tempat yg nak dituju kalau tak mmg diaorg x paham bhsa kauorg.Kat sini aku bg alamat kedai makan ni sbb tempat dia bersih n selesa.
Viet An Restaurant,3/5Ly Thuong Kiet,Ward.3 Vung Tau.( Kauorg geti sebut) last2 hp ktorg driver taxi yg pegang sbb ktorg ckp lain dpd yg lain.
Pagi esoknyer lak ktorg g naik cable car,tapi cable car langkawi lagi tinggi ni pun tinggi gak dari tanah..hihihi..